“Mak, tak nak pakai tudung la hari ni, panas lah! Nak ikat tocang rambut ni comel-comel” kataku penuh manja pada ibuku semasa kami bersiap utk ke majlis kenduri kahwin, dengan harapan ibu akan bersetuju, hehe..
“Iksh, jangan mengada! Pakai tudung tu… ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, mak membalas spontan dengan nada suara yang agak tegas dan wajah yang serius. Siap bagi peribahasa lagi. Bisik hati kecilku.
Aku turutkan sahaja kemahuan bonda tercinta. Tidak pasti pula aku lakukannya dengan rela hati atau sebenarnya dengan rasa terpaksa.
· * * * * * * ** * * * * * * *
Saya tersenyum sendirian teringatkan dialog ini yang terjadi kira-kira 14 tahun yang lalu. Ketika itu umur saya 8 tahun. Dialog ini masih segar dalam ingatan saya sehingga kini. Seingat saya, saya mula ‘aktif bertudung’ sejak darjah tiga, umur 9 tahun. Alasan utama ialah kerana saya dilantik menjadi pengawas sekolah dan semua pengawas perempuan di sekolah tersebut memang diwajibkan bertudung.
Saya tersenyum sendirian teringatkan dialog ini yang terjadi kira-kira 14 tahun yang lalu. Ketika itu umur saya 8 tahun. Dialog ini masih segar dalam ingatan saya sehingga kini. Seingat saya, saya mula ‘aktif bertudung’ sejak darjah tiga, umur 9 tahun. Alasan utama ialah kerana saya dilantik menjadi pengawas sekolah dan semua pengawas perempuan di sekolah tersebut memang diwajibkan bertudung.
Daripada sekadar ikut peraturan, akhirnya jadi amalan harian…alhmdulillah
Hari ini, di usia 22 tahun, saya berfikir tentang perintah Allah yang satu ini.
Pelbagai persoalan keluar dari kotak minda:
Apa tujuan sebenar saya bertudung? Sekadar ikut adat, atau memang mahu ia menjadi salah satu ibadat?
Kalau di negara-negara bukan Islam, wanita yang bertudung mudah dikenali sebagai wanita Islam. Tapi, kalau dalam konteks Malaysia hari ini, mungkin kurang sesuai.
Kenapa masih ada gadis-gadis remaja atau wanita-wanita dewasa yang muslimah tapi enggan bertudung?
Mungkin ada yang berkata, “Alaa, pakai tudung pun blum tentu hati baik.”
Hakikatnya, hikmah bertudung sangatlah banyak. Mungkin tidak boleh dihurai satu-persatu kerana kemampuan akal manusia yang terhad.
Wanita yang faham agama sedar bahawa bertudung adalah salah satu cara menjaga maruah diri dan agama. Kecantikan diri bukanlah untuk dipertontonkan sesuka hati tapi wajar dilindungi. Keindahan seorang wanita itu hanyalah ditujukan untuk yang layak, hanya untuk dia yang berhak.
Apapun, secara asasnya, wanita sejati bertudung kerana mahu mematuhi perintah Tuhannya yang disampaikan dalam al-Quran.
Jadi, apa bezanya saiz tudung?
Sudah cukup sempurnakah saya bertudung?
Bila smpai ke persoalan ini, saya menjadi bertambah serius dan kritis berfikir.
Terus-terang saya katakan, hati ini sangat sejuk melihat wanita-wanita solehah di luar sana yang mmpu bertudung labuh, maksudnya tudung bulat yang berjahit di tengah. Saya sangat kagum dan bersyukur, di tengah-tengah kemodenan hidup hari ini, masih ada wanita yang sangat nmpak kewaraqannya dengan berbusana muslimah yang sebenar-benarnya. Terbayangkan betapa baik dan mulianya mereka mengangkat martabat fesyen pakaian islami ibarat zaman kenabian dahulu.
Bila agaknya saya akan memulakan langkah itu?
Apa yang membuatkan niat saya tersekat?
Belum bersedia? Sampai bila?
Perlukan seseorang untuk mendorong? Siapa?
Apa yang membuatkan niat saya tersekat?
Belum bersedia? Sampai bila?
Perlukan seseorang untuk mendorong? Siapa?
Memanglah saiz tudung bukanlah petunjuk darjat keimanan seseorang hamba pada Tuhannya. Kerana iman itu letaknya di dalam hati. Ia berkaitan dengan hubungan sesorang itu dengan Tuhannya.
Tapi, telah dikhabarkan kepada kita bahawa pakaian taqwa itu adalah yang terbaik.
Tapi, telah dikhabarkan kepada kita bahawa pakaian taqwa itu adalah yang terbaik.
"Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya, Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian taqwa itulah yang lebih baik. Demikianlah sebagai tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat."
(al-A'raf: 26)
Keimanan yang utuh dalam hati akan dizahirkan dengan amalan. Tentulah kita dapat membezakan keimanan wanita yang bertudung dengan wanita yang tidak bertudung. Dan mungkin juga kita dapat membezakan keimanan wanita yang bertudung labuh dengan wanita yang bertudung biasa.
Dalam keluarga, bonda saya yang tercinta, kakak sulung saya yang bergelar guru dan kakak ketiga saya yang bergelar doktor sudah bertudung labuh. Maksud saya, tudung bulat yang jahit di tengah. (Sekarang ini banyak tudung labuh di pasaran tetapi dipakai dengan bermacam-macam fesyen)
Sahabat saya, Nur Syuhada dan Nor Fuzirah Hanim adalah dua orang ikon TESLian yang wajar dicontohi. Walau kami dilatih untuk menjadi bakal ‘teacher’ tetapi imej mereka ibarat mereka adalah bakal ‘ustazah.’ Alhmdulillah…
So, saya pula bila?
Adakah bertudung labuh atau tudung bulat hanya layak untuk mereka yang belajar atau bekerja dalam jurusan agama sahaja?
Alhmdulillah, sejak belajar di Kota Bharu, Kelantan yang dikenali dengan nama “Bandaraya Islam”, saya mula memakai tudung saiz bidang 60”.
Saye suka memilih fabrik yang mudah dibentuk supaya nampak kemas dan selesa dipakai. Dan apa yang lebih penting, tidak jarang agar aurat dapat ditutup dengan lebih sempurna.
Mungkin dengan harga tudung yang murah dan persekitaran Islamik di Kota Bharu mendorong saya untuk mengubah imej kepada yang lebih baik. Dan mungkin juga ada kata-kata motivasi dari seseorang yang menjadi 'booster' untuk saya berubah. Walaupun apapun puncanya, saya sentiasa cuba memperbetulkan niat. Moga segalanya kerana Allah, hanya kerana mengharapkan redha Allah, ameenn…
Wahai diri,
Wahai sahabat-sahabat perempuanku yang dikasihi,
Marilah kita berasa bangga menjadi seorang gadis Islam sejati. Imej Islam itu wajib dibawa walau ke mana kita pergi. Kelak nanti kita akan ditanya oleh Illahi…
Kepada kawan-kawan yang masih belum bertudung, latihlah diri untuk memulakan dengan tudung yang saiz biasa. Walau diri masih muda, tapi ajal tidak mengenal usia.
Wahai sahabat-sahabat perempuanku yang dikasihi,
Marilah kita berasa bangga menjadi seorang gadis Islam sejati. Imej Islam itu wajib dibawa walau ke mana kita pergi. Kelak nanti kita akan ditanya oleh Illahi…
Kepada kawan-kawan yang masih belum bertudung, latihlah diri untuk memulakan dengan tudung yang saiz biasa. Walau diri masih muda, tapi ajal tidak mengenal usia.
"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun."
(al-A'raf: 34)
Mahkota seorang wanita itu iaitu rambut wajib dilindungi daripada menjadi tontonan umum. Malah, kecantikan dan keindahan pada penciptaan seorang wanita itu secara keseluruhannya hanya menjadi tontonan khas terhad pada yang halal.
Bertudung bukanlah halangan untuk terus maju ke hadapan. Bertudung juga bukan halangan untuk bergaya.
Bertudung bukanlah halangan untuk terus maju ke hadapan. Bertudung juga bukan halangan untuk bergaya.
Memang tidak salah untuk berfesyen. Islam itu indah dan sukakan keindahan. Tapi, pesan saya pada diri sendiri, biarlah bersederhana. Kena pada tempat dan masanya. Tiap kali hendak bertudung, pastikan betul niat dan caranya. Asalkan tutup sempurna dan nampak kemas, itu sudah cukup baik bagi saya.
Tujuan coretan saya kali ini adalah lebih kepada memotivasikan diri sendiri. Saya cuba menjadi yang lebih baik. Tapi, dalam soal ingin bertudung bulat ini, saye sendiri kurang pasti, apa sebenarnya yang membuatkan langkah saya terhenti? Adakah kerana pengaruh persekitaran yang membantut atau sebenarnye rendahnya keyakinan diri saya sendiri??
Mungkin ada pendapat saudara atau saudari, pembaca-pembaca di luar sana tentang perbezaan ketiga-ketiga ketogari tudung ini. Sudilah kiranya berkongsi pendapat dan komen anda tentang isu ini.
Shukran.
Waallahu a’alam…
7 comments:
Salaam, Khom.. entri yg menarik.. lame tak jumpe =)
salam khom..
huu, menarik sungguh entry ini.
Nak tau cerita tak,
awal tahun dulu, bila baru pulang kembali ke Aussie, Maimunah ada jual tudung bulat tu tau. Masa tu, adalah testing2 pakai, tapi mmg takder hati langsung nak pakai. Ingat lagi ayat diri sendiri masa tu, 'saya belum dapat bayangkan diri saya bertudung sebegini, takperlah, nanti-nantilah'.
hhuhu.. tp, masa tu, sy ingat, mmg sy sgt tak bersedia utk pakai tudung bulat. Ntah macam mana, bila pertengahan thn ni, tetiba rasa nak pakai. dari 3 tudung bulat yang saya bwk utk bagi hadiah pada kakak2 lain, 2 je saya bagi, satu saya simpan pada diri sendiri. And satuhari saya decide nak try pakai.
Memamng rasa sangat kekok bila first time pakai. Tapi selepas2 tu, ok je. Malah rasa selesa je. Tapi sayangnya saya ada sehelai je. So, waktu lain pakai la tudung bidang 60. huhu..
dengar cerita ibu sy ada belikan tudung labuh, saya pun tak tahu tudung labuh jenis apa. nak blk msia ni nanti baru tahu, iA
hurm, maybe kalo khom nak, boleh je start of with one. Start pakai utk saja2 jer..lama2 bila dah get use, baru hati pun rasa nak.
Hurm.. tiada masalah dengan tudung biasa, tudung labuh atau tudung bulat. Yang penting, tutuplah auratmu.. Definisi aurat?? Try cari article tentang tabarruj.. I've the audio if u want.. Next sem ok??
to Kak Mar NC,
shukran atas pujian tu...apepun, segala puji dikembalikan kpd Allah sbb Allah juga yg mengurniakn idea n kekuatan utk menulis
lame tak jumpe akak, rindu sgt! =)
To HbO,
salam...shukran utk perkongsian tuh, terharu ble bace n appreciate sgt2...insyaAllah, same2 la kte amek pengajaran, smOga Allah permudahkan, ameenn....
To Lil Biruny,
btol pndapat anta tu, saiz tudung bukanlah isu utama krn ape yg penting ialah niat dlm hati + cara pemakaian tudung tu sendiri..
smOga redha Allah sntiasa mngiringi, ameenn...
yup.betul kata HbO..
macam tu juga dgn jubah..dah lama pakai..mesti rsa seronok kan.. :)
assalamualaikum w.b.t..
emm..sy br jer jumpe blog ni n dh bace citer brkenaan tdg biasa, tdg labuh @ tdg bulat..
mnurut citer yg saudari 2lis..hati saudari trhenti utk mmakai tdg bulat..
emm..sy ni bknlah org yg baik sgt..
tp sy rs sy leh bg pndapat mcm mane nk mnimbulkan keinginan saudari utk mamakai tdg ssempurna yg mngkin..
cubelah saudari tanamkn dlm hati bhw saudari sbnarnye sdg mlakukan 1 jihad yg plg bsar dgn melawan nafsu saudari sndiri..selain itu, saudari juga leh mnanamkn dlm hati dgn mmbayangkn andainye saat saudari mmakai tdg pd mse i2, adalah saat trakhir saudari idup d muke bumi ini sblum kembali kepada-Nya..mgkin dgn ini,ia dpt mnimbulkan ketaqwaan dlm diri saudari secara halus dan leh mmbuatkan saudari tidak lg ragu2 dlm cara pemakaian tdg..
pe pn..truskan usaha mnulis blog2 spt ini..sy akan support blog saudari.. :)
Assalamualaikum..
suka post ni ^_^
akak ea? saya 19 thn, student UIA ^_^
adik suka gaya penyampaian akak, buat nak baca hingga ke titik akhir
adik sokong akak nak pakai tudung labuh, cadangan weirdmask86 ni bagus sgt, adik nak tambah kita pakai krn Allah, Insya-Allah itu kekuatan dan dorongan yang abadi ^_^ syg akak!
jemput akak baca post adik..
http://syauqatulwardah-lavender.blogspot.com/2011/04/usah-bezakan-labuh-dan-bawal.html
p/s: adik ambik link blog akak ye, syukran ^_^
Post a Comment