Monday, November 17, 2008

Pencinta Baju Kurung

Sebelum memulakan group discussion malam tu, saya berjalan bersama teman-teman TESL yang lain menuju ke Ar-Rafi Bistro untuk makan malam terlebih dahulu. Suddenly, one of my friends came closer to me n said, “nak jalan dengan khomie la… nak nampak solehah macam khomie. Eh, camne nak jadi macam awak ni eh?”

Saya pelik juga dengan tindakan dan kata-kata sahabat yang seorang ini. Kemudiah, baru saya sedar yang dalam group kami tu, hanya saya seorang yang memaakai baju kurung.
Apapun, perkataan “solehah” yang digunakannya, terlalu agung bunyinya, terlalu dalam maksudnya, terlalu mulia sifatnya. Tidak layak rasanya diri ini dilabel sedemikian rupa. Iman di hati ini entah di mana tingkatnya, amalan pula entah banyak mana yang diterima. Terasa segan pula.

Memang la kalau setakat hendak membuat group discussion,..dan pada waktu malam pula tu, mungkin saya tidak perlu berbaju kurung. Tapi, hakikatnya jiwa saya memang cenderung berbaju kurung.

Saya tidak kisah jika dilabel sebagai “gadis kampong”, berpakaian konsevatif di bandar-bandar moden seperti Shah Alam. Bagi saya, setiap orang perlu ada identiti sendiri, mesti ada jati diri tersendiri.

Saya yakin, kemajuan atau kualiti diri seseorang itu bukan dinilai dari cara dia berpakaian tapi dari cara dia berfikir, cara dia menilai erti sebenar kehidupan.

Ayah slalu pesan"Di mana bumi dipijak, tetap di situ langit dijunjung"


Ayah tidak pernah meletakkan skema pemakaian tertentu untuk anaka-anak perempuannya sebab beliau yakin anak-anak sudah dididik untuk mementingkan kesopanan dan nilai ketimuran dalam semua aspek kehidupan. Ayah cuma pernah cakap, "Yang lelaki biarlah berseluar, yang perempuan eloklah berkain."

Ayah tidak pernah memaksa tapi sekadar menegur secara berhemah.


Suka saya petik prinsip hidup penghibur No. 1 negara kita, Dato' Siti Nurhaliza:



“Tak hidup dek puji, tak mati dek keji”

Prinsip ini boleh dikaitkan dengan nasihat kakak saya:


"Jangan bebankan fikiran dengan pandangan manusia kerana manusia itu terlalu ramai tapi berfikirlah tentang pandangan Allah kerana Allah itu hanya ada satu!

Teringat satu SMS yang saya pernah dapat dari seorang sahabat:

“Biar masa terus berubah, tapi akidah Islam jangan goyah!”

Apa yang penting ialah niat dalam hati, keselesaaan diri, look more feminine dan kemas sebab dengan baju kurung kita tidak akan jadi “fashion victims.” Baju-baju yang dianggap up-to-date sekarang belum tentu sesuai dengan body figure pemakai dan kadang-kadang nampak kurang kemas.

Baju kurung bukan setakat dipakai semasa hari raya, semasa menghadiri kenduri kahwin atau semasa mahu bertemu bakal mak mentua, opss… Tapi, baju kurung memang sesuai dipakai setiap masa di mana sahaja. Tidak lapuk ditelan zaman.

Mari kita lihat penampilan wanita hebat yang dikenali ramai seperti Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan ibu beliau, Sharifah Azah yang terkenal dengan jolokan "Pencinta Baju Kurung". Mereka sentiasa memilih baju kurung walau ke mana pergi. Malah, Tan Sri Dr. Zeti tidak keberatan untuk berbaju kurung ketika menghadiri persidangan antarabangsa. Je;as, beliau bangga dengan imej Melayu yang biasanya memasukkan elemen keagamaan. (Tapi sayang, beliau tidak bertudung)

Baju kurung adalah pakaian yang paling mudah bagi wanita untuk menutup aurat dengan sempurna dan tidak keterlaluan kalau dikatakan setiap gadis atau wanita nampak lebih sopan, ayu dan manis dengan baju kurung (^_^)

Saya tidak menyalahkan sesiapa yang mahu berfesyen, itu hak individu. Hidup ni memang penuh pilihan. Semoga kita mampu memilih yang terbaik untuk kehidupan dunia dan kehidupan di "alam sana", ameenn...~

Kita boleh sama-sama ambil pengajaran dari prinsip penyanyi Waheeda:
“We are what we wear” = “Diri kita adalah apa yang kita pakai”

Jika Waheeda itu tidak kuat imannya dan tidak mementingkan agama, tentulah dia tidak akan mampu untuk terus berbusana muslimah dengan bertudung litup sedangkan artis-artis perempuan lain sibuk mendedahkan kecantikan dan keseksian diri untuk menonjol dalam bidang seni.

Hakikatnya, Waheeda tetap berjaya dalam bidang yang diceburinya dengan caranya sendiri. Beliau tetap diminati oleh mereka yang menerima cara pembawakan dirinya. Beliau tetap dikagumi oleh peminat-peminat yang faham akan dirinya.

Kata-kata indah untuk dikongsi:
“Biarlah di bumi dia kurang dikenali tapi di langit dia disanjung tinggi.”

Apa yang mahu ditekankan di sini ialah soal aurat dan niat. Aurat berkait rapat dengan maruah seorang perempuan itu dan niat pula berkait rapat dengan penerimaan Allah. Mungkin elok pada pandangan manusia, belum tentu elok pada pandangan Allah.

Kepada sahabat yang mahu berjalan dengan saya tadi, saya bukanlah contoh terbaik untuk dijadikan model. Sebagai wanita muda, saya juga suka bergaya. Kalau bukan berbaju kurung, saya mungkin memilih skirt labuh atau seluar dan blaus panjang smpai ke lutut sebab saya suka nampak keperempuanan [look more feminine]. Anyway, 'baju kurung' is my first choice for most of the time.

Saya selalu mengingatkan diri untuk bersederhana dalam bergaya, sesuai masa dan tempatnya. Beli pakaian ikut keperluan dan kemampuan, tutup apa yang patut ditutup, pastikan tidak ketat dan tidak jarang serta memelihara niat di dalam hati.

Sering bertanya pada diri, "kenape aku pakai mcm ni?"
Pakaian secara asasnya diperlukan untuk menutup aurat, sebagai perhiasan diri dan melindungi diri daripada kepanasan atau kesejukan.

Jadi, tidak perlu berlebih-lebihan dan jangan pula nampak selekeh.

Saya mengaku, kadang-kadang saya pun pernah tersilap dalam memilih pakaian yang terbaik yang menepati kehendak syariat. Tapi, syukurlah...Masih ada yang sudi mengingatkan.

Apapun, sama-samalah kita berusaha berubah ke arah penampilan yang lebih baik seiring peningkatan usia supaya kita lebih dihormati dan lebih menghargai diri sendiri.

“,,,kerana diriku begitu berharga.” – Loreal Paris (^_^)

No comments: