Tuesday, July 6, 2010

* 14 Hari Mencari Cinta *

Anonymous: Sibuk packing barang nampak. Nak fly ke mana ni?

NUR CaHaYa: InsyaAllah, ke Tanah Suci.

Anonymous: Wah, muda-muda lagi dah nak ke sana?

NUR CaHaYa: Alhamdulillah, panggilan Illahi.

Anonymous: Berapa lama ye di sana nanti?

NUR CaHaYa: InsyaAllah, 14 hari… Mencari cinta…hehe

Anonymous: Mencari cinta? Cukupkah 14 hari untuk mencari cinta?

NUR CaHaYa: Hanya 14 hari masa diberi.. saya wajib mensyukuri. Lagipun, ini bukan cinta biasa J


Opss.. jangan tersalah tafsir ya. Cinta yang saya maksudkan di sini ialah CINTA ILLAHI. Sebenarya, usaha untuk mengejar cinta Illahi perlu dilakukan di mana sahaja kita berada dan setiap masa sepanjang hayat, bukan untuk tempoh yang singkat. Sebelum berangkat ke Tanah Suci, ayahanda ada berpesan;

“Berdoalah kepada Allah dengan penuh yakin dan ikhlas walau di mana bumi dipijak, bukan ketika berpijak di bumi Mekah sahaja. Berdoalah kekuatan iman yang berterusan sepanjang hayat, bukan sekadar ketika berada di bumi Mekah sahaja.”

Di sini, saya ingin berkongsi tempoh 14 hari yang dikurniakan oleh Allah untuk saya lebih mengenali-Nya, lebih mencintai-Nya. Ternyata kembara saya ke bumi Anbiya’ baru-baru ini adalah antara pengalaman yang paling manis dan berharga dalam diari hidup saya, Alhamdulillah... Syukur di atas nikmat ini J Jika anda juga mempunyai minat dan rezeki untuk mengembara ke luar negara, patut rasanya meletakkan Arab Saudi di tangga teratas dalam senarai walaupun usia masih muda. Menyaksikan kebesaran dan keagungan Allah di kota yang penuh dengan sejarah Islam. Inilah jaulah tarbiyah! Perjalanan yang mendidik jiwa, alhamdulillah..

Berikut jadual aktiviti umrah dan ziarah yang diatur oleh pihak agensi sepanjang saya dan 29 jemaah lain menjadi tetamu Allah di bumi penuh berkah; Mekah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah:

19 Mei: Jam 3 petang, penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Jeddah dengan Pesawat SV 831 Arab Saudi Airlines. Niat umrah dilakukan di dalam kapal terbang ketika tiba di Qarnul Manazil.

20 Mei: Acara bebas. Saya melakukan umrah buat pertama kali dengan dipimpin oleh Mutawif, Ustaz Saufi. Pertama kali melihat Kaabah dan Masjidil haram. Subhanallah!

“Bahawa Allah menurunkan 120 rahmat atas rumah ini (Ka’abah) pada setiap hari dan malam, 60 untuk mereka yang melakukan tawaf, 40 bagi mereka yang mendirikan solat dan 20 bagi mereka yang hanya memandang Kaabah.”

(Riwayat al-Baihaqi daripada Ibnu ‘Abbas r.a)

21 Mei: Acara bebas. Hanya ingatan kepada Akhirat dan kematian sentiasa bermain di minda. Solat sunat jenazah dilakukan pada setiap kali selepas solat fardhu. Innalillah.. Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Al-Fatihah kepada Muslimin dan Muslimat yang telah kembali kepada-Nya~

22 Mei: Lawatan ke tempat-tempat jemaah musim Haji dan tempat-tempat bersejarah Islam; Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina dan Jaaranah.

23 Mei: Jemaah boleh berniat ihram di Tanaim.

24 Mei: Alhamdulillah, ulang tahun kelahiran saya yang ke-24 ;-) Jemaah dibawa melawat ke Muzium Haramain/ Kilang Kelambu Kaabah dan Ladang Unta di Hudaibiyah. Sekali lagi ibadah umrah dapat dilakukan bagi jemaah yang telah berniat dalam perjalanan pulang.

25 Mei: Acara bebas. Peluang beribadat dan mengunjungi setiap sudut Masjidil Haram tidak dilepaskan. Allahu akhbar!

“Bersolat di al-Masjid al-Haram itu mempunyai kelebihan dengan 100,000 solat, bersolat di masjidku (Masjid Nabawi) mempunyai kelebihan dengan 1000 solat. Sementara bersolat di Masjid al-Aqsa (di Baitulmaqdis) mempunyai kelebihan dengan 500 solat.”

(Diriwayatkan oleh al-Tabrani daripada Abi Darda’)

26 Mei: Jemaah dibawa ke Muzdalifah untuk acara rehlah dan tahlil arwah. Pertama kali menjamu selera dengan Nasi Mandi di kediaman Pengurus Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd., Dato’ Zainal.

27 Mei: Acara bebas. Membeli sedikit cenderahati untuk dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan tersayang.

28 Mei: Solat Jumaat di Masjidil Haram. Pertama kali saya mengerjakan solat Jumaat. Selepas itu, Tawaf Wida’ dilakukan sebelum bertolak ke Madinah.

29 Mei: Jemaah dibawa ke Masjid Nabawi, Makam Nabi (hanya untuk lelaki), Mihrab Nabi, Mimbar Nabi, Raudhah (Taman Syurga) dan Perkuburan Baqi’.

30 Mei: Jemaah dibawa ke Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Maqam Syuhada, Bukit Magnet, Pasar Kurma dan Kilang Mencetak al-Quran.

31 Mei: Selepas ziarah Wida’ dan solat zuhur, jemaah dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 9.30 malam dengan Pesawat SV 836 Arab Saudi Airlines.

1 Jun: Alhamdulillah, semua jemaah selamat tiba di KLIA, Malaysia.

“Ya ALLAH, janganlah Kau jadikan ziarah kami ke Baitullah ini adalah yang terakhir. Kurniakanlah peluang untuk kami datang kembali beribadat dan bertaubat kepada-Mu di sini. Jika ini adalah yang terakhir, maka kami memohon Syurga sebagai ganti. Amin ya ALLAH.”

Rakan- rakan yang telah atau belum ke Tanah Suci,

Percayalah,

Yakinlah,

Wang ringgit yang dilaburkan, masa berharga yang diperuntukkan dan tenaga tubuh badan yang digunakan untuk tujuan umrah atau Haji walaupun pada usia yang muda adalah pelaburan yang tak pernah rugi. Sebesar-besar bekal yang perlu dibawa ke sana ialah TAQWA. Serahkan jiwa sepenuhnya kepada-Nya. InsyaAllah, ketenangan dan keseronokan sepanjang beribadah dapat dirasai. Beranikan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran kerana di situ Allah hendak menguji keikhlasan dan kesabaran kita. InsyaAllah, selagi dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, kerinduan untuk kembali ke tempat mulia itu sentiasa wujud di hati.

“Mengerjakan umrah kepada satu umrah yang lain adalah menghapuskan dosa yang berlaku antara temph kedua-duanya dan Haji Mabrur itu tiada balasannya kecuali Syurga.”

(Riwayat Imam Ahmad daripada Abi Hurairah r.a)

* Terima kasih ALLAH atas rezeki yang KAU kurniakan, kesihatan yang KAU anugerahkan dan kelapangan waktu yang KAU pinjamkan. Terima kasih ya ALLAH!

4 comments:

Anonymous said...

subhanallah..sy btul2 rndu pd kedua2 tmpt suci t'sbut..alhamdulillah kerana d'beri pluang ke sna pd usia yg msih muda..

Faeez said...

subhanallah...alhamdulillah...teringat kenangan menunaikan umrah pd jun 2010...teringin nak g lg...n kalau boleh nk stay kat sana...betul2 tenang fikiran.....

reader said...

cintaku hanyalah untukMu

Anonymous said...

bertuah nya kamu dpt menunaikan umrah pada usia yg muda...bersyukurlah padaNya.....