Tuesday, October 5, 2010

* Sabar itu Mahar *


Bonda: Mengajar tu elok-elok. Mesti banyak sabar. Budak-budak memang la degil sikit. Jangan buat budak jadi takut pada cikgu. Tapi, mesti buat budak jadi hormat pada cikgu.

Ayahanda: Dunia pekerjaan banyak cabaran. Mesti selalu bersabar. Jaga solat.

*********************************************************************************

Itulah antara azimat ayahbonda tercinta di hari-hari terawal saya melangkah ke alam kerjaya. Alhamdulillah, semakin meningkat dewasa, semakin saya menyedari bahawa dalam setiap keadaan elemen kesabaran sangat perlu dipupuk dalam setiap diri individu. Dari perspektif Islam, sabar itu terbahagi kepada 3:


1) Sabar dalam melakukan ketaatan

2) Sabar dalam menolak kemaksiatan

3) Sabar menerima ujian


Contohnya,

Tanpa kesabaran, tak mungkin seorang ibu sanggup melalui proses mengandung dan melahirkan

Tanpa kesabaran, tak mungkin seorang ayah sanggup berjuang demi memikul amanah Tuhan

Tanpa kesabaran, tak mungkin rakyat Palestin tegar meneruskan kehidupan dalam kepayahan

Tanpa kesabaran, tak mungkin satu pasangan dapat meneruskan perhubungan

Tanpa kesabaran, tak mungkin seseorang hamba mampu mati dalam keimanan


Sabarlah, wahai hati!

Perkataan yang mudah dilafazkan tetapi sukar untuk dilaksanakan.

Marilah kita memujuk hati dengan kalimah-kalimah indah Allah dalam Kitab-Nya..


“Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat..” [al-Baqarah: 45]

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." [al-Baqarah: 286]

"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman." [al-Imran: 139]

“Sungguh pada hari ini, Aku memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka. Sungguh, mereka itulah orang-orang yang memperolehi kemenangan.” [al-Mu’minun: 111]


Ya, sabar itu mahar buat Allah di Hari Pengadilan.


"Ya Allah, kurniakanlah aku, dia dan mereka sifat-sifat terpuji,

Hiasilah peribadi kami dengan kesabaran yang tinggi,

Amin Ya Rabbal 'Alamin..~

Waallhu ‘alam..


2 comments:

noor hazimah mohamed. said...

thanx sis..azie nak try jd lbh sabau..(=

Anonymous said...

Hiiiii, Sebast here and I [url=http://sebastian3mcken.livejournal.com/1168.html]buy shoes[/url] for a living, I like this site I could definitely get inducted here.