Thursday, October 29, 2009

* Pemilik Cintaku Setelah ALLAH & Rasul *

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. yang masih memberi kesempatan kepada diri ini. Kesempatan terbesar untuk terus hidup! Secara peribadi, terasa lega yang teramat kerana semester 7 yang sangat mencabar baru sahaja berakhir. It’s time for blogging! Hehe…

Baru-baru ini, terdetik di hati untuk berjumpa seorang sahabat baik yang baru sahaja bergelar isteri. Nur Hidayah Azzati, satu nama yang cukup saya kagumi. Dia antara sahabat terbaik yang pernah saya temui. Sangat mendalam ilmu agamanya, sifat solehah sangat terserlah pada penampilannya, ayu dan manis wajahnya, lembut dan jujur tutur bicaranya. Itulah gambaran tentang Dayah daripada kaca mata saya… daripada pandangan hati saya.

Sajak yang tak seberapa di bawah, saya cipta khas buat Dayah:

Nur Hidayah Azzati,
Kau temanku kala senang dan susah
Teguh imanmu tak pernah goyah
Mengenalimu satu anugerah
Mencontohimu terasa payah

Ya Allah,
Aku ini insan yang lemah
Bantulah aku untuk berubah
Menjadi sebenar-benar gadis muslimah
Hanya mengharap janji-Mu yang indah~

Hajat di hati cuma mahu melepaskan rindu, mengucapkan tahniah dan melihat gambar-gambar perkahwinannya. Tapi, pertemuan kami ternyata tidak sia-sia. Selepas berkongsi kisah sebenar tentang perkenalan, pertunangan dan perkahwinannya, Dayah mencadangkan saya untuk membaca sebuah buku hebat; ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’, hasil karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Sebenarnya, buku ini merupakan salah satu hantaran daripada Dayah kepada suaminya pada hari perkahwinan mereka. Erm, idea yang bijak. Suami dan isteri bersama-sama menambah ilmu dengan membaca.

Mendengar tajuk buku itu sahaja, saya rasa teruja. Apatah lagi, saya memang sangat meminati penulisnya, Fatimah Syarha. Cuma berharga RM 12.00. Insya-Allah mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Saya yakin, tulisan dalam buku tersebut adalah kisah sebenar penulis bersama suami tercinta, Dr. Farhan Hadi. Tetapi, beliau dengan rendah hati menukar nama-nama watak dalam kisah tersebut kepada Qaniah dan Dr. Muslih. Seperti yang tercatat di helaian terawal buku tersebut;

“Usahlah ditanya sama ada kisah ini adalah kisah benar atau tidak. Ia bertujuan untuk menjaga hati penulis dan pembaca daripada perasaan yang tidak disukai Allah S.W.T seperti riyak dan cemburu. Ambillah apa yang baik dan sama-sama kita amalkan.”

Terlalu banyak yang ingin dikongsi. Tetapi, entry kali ini bukanlah untuk mengupas isu yang cuba disampaikan oleh penulis. Saya sekadar mahu mempromosikan sebuah buku yang mampu mendidik hati untuk meletakkan cinta kepada Allah dan Rasul di tangga teratas. Sebuah bingkisan yang sangat-sangat wajar dibaca oleh sesiapa sahaja yang benar-benar mahu memahami konsep sebenar ‘Cinta kerana Allah’.

Teringat kata-kata kakak tersayang…

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."
Siapakah yang mampu menandingi kehebatan cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah?

“Ya Allah, tenggelamkan aku dalam kecintaan-Mu agar tiada satu pun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu. Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang memeranngi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setelah sampai ke helaian yang terakhir, terasa air mata menitis di pipi. Syukur Ya Allah, masih ada masa untuk menginsafi kelemahan diri, masih ada peluang untuk meningkatkan iman di hati.
Saya sedar, pemilik cinta hati ini setelah Allah dan Rasul ialah satu-satunya lelaki bergelar suami. Redha Allah bagi seorang wanita yang telah berkahwin adalah bergantung kepada redha seorang suami ke atasnya. Alhamdulillah, sempat saya bermuhasabah diri.

Wahai diriku yang amat aku sayangi, teruslah bermujahadah! Kebahagiaan itu memerlukan pengorbanan. Pengorbanan seorang insan yang penuh dengan rasa kehambaan. Semoga ada keberkatan pada permulaannya, pada pertengahannya dan pada pengakhirannya. Amin Ya Rabbal Alamin…
“Ya Allah, teguhkan kekuatanku dengan adanya dia. Jadikan dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepada-Mu dan banyak mengingati-Mu.” [Taha: 31-34]

Baca dan hayatilah buku bertajuk ‘Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul.’

SELAMAT MEMBACA!

3 comments:

Anonymous said...

baru jugak bc buku tue dlm bulan lepas. Mmg best la...huhuhu

-akmal-

usrah murabbi said...

salam..sahabatku khom sayang..terharunya dayah baca..jgnlah smpai mcm tu, dayah ni lemah, sentiasa cuba baiki diri..malu rasanya dengan Allah..ilmu ada, tapi tak byk amal..khom lagi baik dr dayah..apapun, kita sama2 lengkap melengkapi ye..doakan dayah khom, dayah sentiasa doakan khom..

pandangan pertama said...

Alhamdulillah.mengenali khom n dayah juga 1 anugerah buat nadzrah yg jahil ni.pepun,dihrpkan ukhwah kita akan berkekalan..ttg buku tu,sy pun dah baca.amat2 mengagumi peribadi fatimah syarha n cara dia mendekati org ramai dgn tulisannya yg amat2 bermakna n menyentuh hati.siapakah pemilik cintaku?wallahualam...