Monday, January 26, 2009

* 10 Tips Bijak Urus Kewangan Sendiri *

"Psstt... duit elaun kte dah masuk!" seorang sahabat baik berbisik di telinga saya semasa kelas Second Language Acquisition (SLA) hari tu.
"Alhamdulillah..." jawab saya ringkas dengan rasa bahagia di hati.
Penumpuan kepada lecturer, Madam Noorzaina dikembalikan.
*** **** **** *** **** **** ***
Alhamdulillah, sesuatu yang dinanti dari BPG tercinta masuk juga ke akaun kami, bakal2 teachers ni, yeay! Opss...satu kesyukuran yang teramat sebenarnya sebab ramai yang complain atas kelewatannya sebelum ini. Apapun, ingatan kepada diri dan kawan-kawan...duit yang banyak itu perlulah diuruskan dengan bijak supaya cukup untuk tempoh 4 bulan akan datang. Elok jugak kalau ada sedikit peruntukan untuk menyimpan. Tergerak hati untuk bercakap soal "wang" dalam entry kali ni.
Tidak dapat dinafikan, wang dan kebahagiaan saling berkait rapat. Tanpa kedudukan kewangan yang stabil, hati pun jadi kurang tenang, betul tak?
Tapi, wang bukanlah segala-galanya. Wang juga tidak dapat membeli kebahagiaan. Contoh mudah, kenapa Prince Charles yang kaya-raya dan Mendiang Lady Diana yang cantik jelita akhirnya bercerai juga? Tentulah bukan persoalan duit yang jadi punca konflik. Jelas, wang ringgit hanyalah faktor tambahan untuk meningkatkan ketenangan hati dan kerukunan hidup di dunia yang singkat ini. Dalam dunia moden hari ini, semuanya perlukan wang.

Jadi, teruslah berusaha dengan cara yang halal serta berdoa dan bertawakkal dengan bersungguh-sungguh kepada Allah S.W.T agar rezeki kita yang dikurniakan oleh-Nya sentiasa cukup tanpa perlu meminta-minta kepada orang lain. Lebih baik juga jika kelebihan rezeki yang ada mampu dikongsi dengan mereka yang lebih memerlukan sebagai tanda syukur atas kurniaan-NYA kerana sebenarnya dalam setiap rezeki kita tetap ada hak orang lain juga.
Ingatan ini untuk diri sendiri juga. Kadang-kadang terasa 'berat' untuk menghulur tapi sebenarnya, rezeki yang ada di tangan bukanlah hak mutlak diri kita. Itu semya tidak akan dapat ikut bersama ke alam barzakh melainkan sedeqah yang dilakukan dengan ikhlas atas nama Allah S.W.T. Maksud ayat al-Quran di bawah mengingatkan saya...Alhamduillah, Allah masih sudi memberi "cahaya"
"Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual-beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Orang-orang yang kafir itulah orang-orang yang zalim."
(al-Baqarah: 254)
"Maka, bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung."
(at-Taghabun: 16)


Jom, belajar teknik ringkas pengurusan kewangan di bawah yang diperoleh daripada pelbagai sumber bacaan tapi telah diubah suai untuk kesesuaian diri sendiri dan the target audience of this blog, hehe... Apepun, cuba kita sama-sama amalkan, insyaAllah:

1- Kenalpasti KEPERLUAN Vs KEMAHUAN. Mesti sentiasa mengutamakan keperluan dalam berbelanja. Bak kata pepatah, “Ukur baju di badan sendiri.”
- Contoh: Makan adalah satu keperluan. Tapi, makan di tempat-tempat mewah adalah kemahuan yang perlu dipertimbangkan sebaiknya mengikut kemampuan.


2- Sediakan peruntukan untuk “emergency buffer” (akaun kecemasan). Mesti sentiasa pandang jauh ke hadapan dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.

-Contoh: Asingkan beberapa peratus wang gaji/ pinjaman PTPTN/ biasiswa/ sumber lain untuk tabungan atau simpanan tetap.


3- Buat keputusan bagaimana wang PATUT dibelanjakan dari awal lagi. Kawal diri secara psychology.
- Contoh: Sentiasa bersikap rasional dan bukan emosional. Lantik seseorang yang dipercayai untuk mengingatkan kita dalam hal ini. Elok juga kalau merekod aliran wang masuk (credit) dan aliran wang keluar (debit) untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya wang itu!


4- Fokus pada matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang. Letakkan keazaman yang tinggi dalam minda dan jiwa akan sesuatu yang realistik untuk dicapai dalam tempoh masa yang praktikal.

- Contoh: Matlamat jangka pendek ialah mesti membeli sebuah tafsir al-Quran berharga RM 45 bulan ini dan matlamat jangka panjang ialah mesti menyimpan at least RM 12000 untuk menunaikan ibadah haji dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

5- Kenalpasti “kebocoran” dalam corak perbelanjaan dan jangan ulangi lagi kebocoran tersebut. Elakkan membeli barang yang kurang penting atau barang yang masih elok.

- Contoh: Membeli handphone baru hanya kerana mengikut trend sedangkan handphone yang sedia ada masih elok untuk digunakan. Tujuan sebenar handphone ialah untuk berhubung dengan orang lain bukan ada tujuan lain yang tidak sepatutnya.


6- Rancang kewangan mengikut pendapatan sekarang bukan pendapatan ramalan.
- Contoh: Jangan berangan-angan dengan bonus yang akan dapat bulan depan tapi uruslah budget yang sedia ada.


7- Ingatkan diri akan kepentingan berbelanja secara berhemah untuk kebaikan diri sendiri dan menjamin keteguhan hubungan kasih sayang bersama keluarga dan lain-lain.
- Contoh: Wang yang cukup dan berkat sangat diperlukan untuk kelangsungan kehidupan dan wang juga diperlukan untuk membantu dan menggembirakan hati saudara2 terdekat serta orang2 yang tersayang agar ikatan silaturrahim dapat diteguhkan.


8- Sesuaikan dengan perubahan semasa atau keluarga.

- Contoh: Pilih tempat berbelanja yang menawarkan harga yang lebih rendah dan jika ahli keluarga bertambah, activity makan ‘di luar’ perlu dikurangkan. Atau jika banyak buku-buku rujukan yang perlu dibeli dalam semester ini, activity keluar ber'shopping' harus dikurangkan.

9- Sesuaikan dengan perubahan gaji/ wang pinjaman/ biasiswa.
- Contoh: Jika perubahan itu adalah positif (e.g: gaji naik), corak perbelanjaan boleh ditingkatkan sedikit asalkan tidak menggangu keperluan. Sebaliknya, perubahan yang negative (e.g: gaji turun) memaksa diri untuk mengurangkan perbelanjaan demi keselesaan hidup.


10- Sediakan ruang harapan untuk sistem simpanan serta pelaburan yang sistematik dan menguntungkan.
- Contoh: Buat kajian dan pilih agensi insurans yang terbaik dan boleh dipercayai untuk melabur wang anda ke jalan yang halal dan diredhai.

" Barangsiapa yang meminjami Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah melipat gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

(a-Baqarah: 245)

Ok, that's all that i wanna share... Have fun! =)




Sunday, January 11, 2009

* Hope & Change *


No matter who we are…
Whether a boy or a girl
Whether a man or a lady
Whether a student or a worker
Whether young or old
Whether active or passive


As long as we still care for what is happening around us
As long as we still have the value of humanity inside our bodies
As long as we still appreciate the meaning of love within our hearts
As long as we are a Muslim or a Muslimah…


Let's do something to help them...
Let's keep praying!
Let's boycott!


Let's be responsible for our own religion...

Don't just say it, let's do it!
Perhaps, these are the smallest efforts that we can do
If u have the intention in giving financial contribution,
go ahead!

"Who is he that will lend to Allah a goodly loan so that HE may multiply it to him many times? And it is Allah that decreases or increases (your provisions), and to Him you shall return."
(al-Baqarah: 245)

"O you who believe! Spend of that which We have provided for you before a Day comes where there will be no bargaining, nor friendship, nor intercession..."
(al-Baqarah: 254)


*Faith over fear*
Save Palestine!

ameenn Ya Rabbal alameenn...

- No title -


* Bila si baju kurung bertemu si baju melayu*

Semoga FITRAH itu bukan menjadi FITNAH tapi benar-benar menjadi satu ANUGERAH! Ameenn… Ya Rabbal Alameenn...~

Suka saye nk share hasil nukilan Fatimah As-Syahra dlm novelnya, TAUTAN HATI:


Keikhlasannya menambat hati,
Kesederhanaannya menambah seri,
Namun,
Semakin dia aku dekati,
Semakin keliru aku sendiri,
Tergugat apa yg aku imani.
Oh Tuhan,
Dia amat aku kasihi,
Andaikata ENGKAU redhai,
Tunjukilah aku sekali,
Sebuah cinta yg hakiki,
Andai benar jalanku ini,
Pimpinlah dia utk turut merasai,
Kebenaran akidah ini!

“Sesungguhnya, kebenaran itu datangnya dr Tuhanmu. Maka, jgnlah sekali-kali kamu termasuk dlm golongan orang-orang yg ragu.”

(al-Baqarah: 147)

Maksud sabda Rasulullah S.A.W:
"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu adalah apa2 yang mententeramkan jiwa padanya dan tenteram pula pada hati. Dan dosa itu adalah apa2 yg syak dlm jiwa dan ragu-ragu dlm hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.."
Wahai hatiku…
ikutilah bisikan jujur hati kecilmu
bukan bisikan hati besarmu yg keliru...
"Mereka yang berjuang untuk melawan nafsu kerana hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami."
(al-Ankabut: 69)

Saturday, January 10, 2009

Palestin itu, Palestin kita!





Assalamualaikum w.b.t…

Atas dasar kemanusiaan, atas dasar persaudaraan sesama insan, penderitaan umat Islam di Palestin harus dihayati agar mampu mengundang keinsafan diri.
Bayangkan jika kita di tempat mereka..
Bayangkan jika yang menderita itu adalah ibu bapa, abang-abang, kakak-kakak atau adik-adik kita..
Bayangkan jika yang mati itu ialah sesiapa sahaja orang yang kita sayangi..
Mungkin lebih terasa sakitnya!

Tindakan jahat tentera Zionis sangat kejam, gila dan di luar batas kemanusiaan!

Kemakmuran hidup di Malaysia atau di mana sahaja kita berada wajib disyukuri. Itu bukan alasan untuk kita berpeluk tubuh dan sekadar melihat apa yang terjadi.


Wahai diri, wahai sahabat-sahabat yang dikasihi;
Lakukanlah sesuatu untuk saudara-saudara kita di luar sana…

Jangan lupakan mereka dalam urusan harian kita. Marilah boikot apa sahaja keluaran Yahudi yang menyumbang kepada keganasan dunia. Mungkin usaha ini dirasakn terlalu kecil. Tetapi, kita mengharapkan perubahan kepada ekonomi dunia, insyaAllah...At least, we do something to cripple the Israeli economy.


Ingatlah, Allah tidak melihat kepada hasil/ natijah akan sesuatu tetapi Allah melihat sejauh mana usaha kita untuk mendapatkan hasil yang diharapkan..Jadi, jangan sekali-kali putus asa daripada rahmat Allah...jangan berhenti berharap, jangan berhenti berusaha.

This is the list of brands that are found out to donate money to Israel army. We need to stop buying all these!


Berhenti membeli:·
 Coca-cola
· Huggies
· River Island
· MC Donalds
· Clinique
· Disney
· Donna Karan
· Starbucks
· Gap
· Garnier
· Perrier
· Kotex
· Sanex
· Jo Malone
· Lancome
· Libbys
· Tchibo
· Loreal
· Marks & Spencer
· Kleenex
· Maybelline
· Nestle
· Vittel
· Revlon
· Wonderbra



Jangan lupakan mereka dalam doa harian kita. Marilah sama-sama berdoa akan kesejahteraan, keselamatan dan ketabahan hati umat Islam di bumi Palestin. Semoga yang mati itu tergolong dalam golongan mereka yang syahid di jalan Tuhan-Nya dan mendapat keredhaan di dunia dan di akhirat.

Lakukan sesuatu yang termampu untuk saudara-saudara seagama kita. Semoga ada jawapan ketika disoal oleh Allah di akhirat kelak, insyaAllah.

“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang padamu cubaan seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”(al-Baqarah: 214)
Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu telah mati. Sebenarnya, mereka hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.”(al-Baqarah: 154)

Yang pergi tidak lagi akan kembali ke atas bumi tp kembali ke sisi Tuhan Yang Maha Mengerti, [al-Fatihah….~]

Waallahu a’lam…