Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Lama rasanya tak
menulis. Barulah disedari, selain faktor masa dan idea, kesihatan juga adalah faktor
penting yang mempengaruhi peluang untuk menulis. Ada masa dan ada idea tetapi
badan sakit, tentulah tiada apa yang mampu dibuat.
Alhamdulillah,
kesihatan saya semakin stabil selepas melalui trimester pertama yang agak
mencabar.
Sebenarnya, entry kali
ini ditujukan khas buat bakal-bakal ibu/ emak/ mama/ mummy/ umie/ bonda di luar
sana. Semoga semua pembaca merasa gembira dan mendapat manfaat dengan
perkongsian ini, insyaAllah.
Doktor: Tahniah, puan!
Keputusannya positif.
NUR CaHaYa:
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.
*************************************************
Terasa masa berlalu
terlalu cepat. Masih jelas dalam ingatan tentang pertemuan saya dengan seorang
doktor muda di Klinik Ummu Roihan, Kuantan kira-kira 5 bulan yang lalu.
Syukurlah, tekaan saya
dan suami tepat serta doa kami dimakbulkan oleh Allah dalam tempoh masa yang
agak cepat.
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu akhbar!
************************************************
Cikgu X: Nampak makin
berseri sekarang. Dah ada isi ke tu?
NUR CaHaYa:
Alhamdulillah :)
************************************************
Pada mulanya, saya
hanya berkongsi berita gembira ini dengan beberapa insan penting dan rapat
dalam kehidupan saya. Walau bagaimanapun sejak usia kandungan baru mencecah 6 minggu,
berita ini begitu cepat tersebar di sekolah tempat saya berkhidmat.
And surprisingly, most
of my friends on Facebook were able to read the underlying meaning of my status
update:
“I can see tears on his
cheeks..
Reflecting how grateful
he is..
Thank You ALLAH!”
Bagi saya, isu zuriat boleh
menjadi isu yang sensitif kepada sesetengah pihak. Isu ini hampir sama dengan
isu jodoh kerana kedua-duanya berkaitan soal rezeki.
Tentu seorang gadis
atau teruna yang belum bertemu jodoh merasa sedih dan sedikit tertekan jika
terlalu kerap diajukan dengan persoalan, “bila nak kawen?” sedangkan dia masih
belum mempunyai calon yang sesuai.
Begitu juga, tentu seorang
wanita bergelar isteri yang belum dikurniakan zuriat merasa sedih dan sedikit
tertekan jika terlalu kerap diajukan dengan persoalan, “bila nak ada anak?”
sedangkan dia masih belum mengandung.
Oleh itu, JODOH dan
ZURIAT benar-benar merupakan rezeki yang datang daripada Allah dan wajib
disyukuri. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berusaha dan berdoa.
“Ya Tuhan kami,
anugerahkanlah kami pasangan dan keturunan yang menjadi penyenang hati kami,
dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah Al-Furqaan: 74)
Di sebalik pelbagai
kesusahan dan kepayahan yang terpaksa dilalui sepanjang tempoh kehamilan dan
kelahiran, kita perlu menyedari bahawa hakikatnya, bukan semua wanita bergelar
isteri diizinkan oleh Allah S.W.T untuk menjadi ibu.
Kehamilan adalah satu amanah daripada Allah.
Kehamilan memerlukan keikhlasan yang agung.
Benarlah, anak itu
adalah berita gembira yang datang daripada Allah.
Anak adalah satu berita
baik apabila dia hadir dalam hidup pasangan yang sah.
Anak adalah satu berita
baik apabila dia hadir tepat pada masanya.
Maksud sabda
Rasullullah S.A.W:
“Anak-anak itu membawa
berkat. Mereka akan membawa pelbagai nikmat. Mereka akan membantu apabila
terjadi musibah dan mereka merupakan ubat di waktu sakit serta rezeki mereka
datang daripada Allah!”
Maka, sungguh tragis
apabila kita sering disajikan dengan berita pembuangan bayi di merata-rata
tempat.
Ketika itu,
Anak adalah satu berita
buruk apabila dia hadir dalam hidup pasangan yang tidak sah.
Anak adalah satu berita
buruk apabila dia hadir tidak tepat pada masanya.
Nau’zubillah..
Alhamdulillah.. ketika artikel ini ditulis, kandungan
saya telah berusia hampir 6 bulan. Sesuatu yang menakjubkan ialah setiap kali
merasai gerakan janin dalam kandungan. Melihat
keadaan bayi melalui imbasan ‘ultrasound’ pula membawa hati menginsafi akan
kebesaran Allah.
Sesungguhnya, satu
nyawa yang sedang membesar selama 9 bulan dalam rahim seorang wanita adalah
salah satu keajaiban Allah.. salah satu bukti kewujudan Allah. Subhanallah!
Sesuatu yang jelas, saya
bukan sahaja berubah dari segi fizikal.. malah turut berubah dari segi emosi
dan rohani.
Terasa badan ini
semakin berat..
Terasa perasaan kasih
kepada ibu semakin kuat..
Terasa pergantungan
kepada Allah itu semakin hebat!
Tempoh 9 bulan ini
begitu mendebarkan terutamanya bagi wanita yang hamil buat pertama kali.
Saya memujuk hati,
mengandung dan melahirkan adalah jihad wanita yang sangat mulia.
Beginilah pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu saya, ibu mentua dan semua wanita di seluruh dunia yang telah menjadi ibu. Malah, bukan sedikit wanita yang sanggup melalui proses yang sama berulang kali dalam kehidupannya.
Beginilah pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu saya, ibu mentua dan semua wanita di seluruh dunia yang telah menjadi ibu. Malah, bukan sedikit wanita yang sanggup melalui proses yang sama berulang kali dalam kehidupannya.
Mengapa proses
melahirkan itu amat menyakitkan?
Mengapa tanggungjawab
mengandung dan melahirkan diberikan kepada kaum Hawa?
Saya percaya, biarpun tempoh 9 bulan ini dilalui dengan penuh debaran dan kepayahan, tentunya
semua bakal ibu meletakkan harapan dan memanjatkan doa yang berpanjangan.
Anak yang baik bukan
sekadar diperlukan sebagai penyeri rumah tangga bersama suami tercinta, tetapi
lebih jauh daripada itu, anak yang baik juga diperlukan sebagai ‘saham’ yang
menguntungkan buat suami dan isteri ketika di alam barzakh dan di alam akhirat
kelak, insyaAllah.
Memetik hadis
Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Apabila mati anak
Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara:
1 1)
Sedeqah jariah
2 2)
Ilmu pengetahuan yang bermanfaat
3 3)
Anak soleh/ solehah yang sentiasa
mendoakan kedua ibu dan bapanya.”
Kepada suami tersayang,
ibu bapa, ibu bapa mentua, kaum keluarga, saudara-mara dan semua kenalan yang
mengenali saya.. Terima kasih atas segala bentuk bantuan dan sokongan sama ada
bersifat fizikal mahupun moral. Terima kasih atas doa-doa selamat dan nasihat yang
berterusan.
Tolong doakan agar anak
ini selamat lahir ke dunia dalam keadaan sihat sempurna dan baik budi
pekertinya sebagai penambah umat Nabi Muhammad S.A.W yang mulia, insyaAllah.
Di sini, saya
ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan Cohort 3 TESL
(2004-2010), akak-akak seniors dan semua kenalan yang telah menjadi ibu dan juga tahniah kepada yang sedang ‘membawa perut comel’ :)
Mari terus berdoa agar
segalanya dipermudahkan.
Mari terus berdoa agar
semua bakal ibu mampu melalui tempoh 9 bulan ini dengan sihat, ceria dan penuh
tawakkal.
Amin Ya Rabbal Alamin..
Jom, kita basahi hati untuk menginsafi hikmah kejadian diri melalui perkongsian video ini.
Sejujurnya, air mata saya cukup mudah mengalir setiap kali melihat video ini. Mungkin anda juga..
Maha Suci Allah.. Segala
puji bagi Allah.. ALLAH Maha Besar!
Subhanallah..
Alhamdulillah.. Allahu Akhbar!