Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Setelah hampir 40 minggu menjaga kandungan dengan penuh syukur, sabar dan kasih sayang, pada 24 September 2012 lahirlah cahaya mata sulung kami yang diberi nama Ainul Mardhiyyah.
Sebenarnya, beberapa nama telah dicadangkan dari hari pertama sehingga hari ke-7 kelahiran anak ini. Akhirnya, nama Ainul Mardhiyyah dipilih kerana menepati ciri-ciri yang saya dan suami kehendaki iaitu nama yang jarang dimiliki oleh orang lain tetapi mudah diingat serta nama yang mempunyai nilai kekuatan dalam beragama.
Nama Ainul Mardhiyyah mengikut bahasa membawa maksud "mata yang diredhai." Mengikut sejarah Islam pula, Ainul Mardhiyyah merupakan nama penghulu segala bidadari dan juga merupakan bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari Syurga.
Nama Ainul Mardhiyyah mengikut bahasa membawa maksud "mata yang diredhai." Mengikut sejarah Islam pula, Ainul Mardhiyyah merupakan nama penghulu segala bidadari dan juga merupakan bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari Syurga.
Ainul Mardhiyyah adalah anugerah
daripada Allah..
Ainul Mardhiyyah adalah amanah daripada Allah..
Ainul Mardhiyyah - Day 1 |
Sesungguhnya, pengalaman
mengandung, melahirkan dan menjaga anak kecil benar-benar merupakan tarbiyah daripada
Allah untuk mendidik wanita menjadi seorang Muslimah yang lebih sabar, redha
dan syukur.
Benarlah, hanya mereka yang bergelar ibu
tahu akan nikmat dan cabaran seorang ibu.
Seperti yang saya kongsi di wall Facebook: Setelah menjadi ibu, semakin difahami hakikat..
“Syurga itu di telapak kaki ibu”
Untuk entry kali ini, terasa
ingin berkongsi pengalaman bersalin anak sulung. Perlu diingat, pengalaman
setiap orang tidak akan pernah sama.. pasti berbeza. Semoga perkongsian ini ada
manfaatnya buat semua terutama kepada yang sedang menanti kehadiran permata
hati pertama.
***************************************************************************
23 September 2012
9.30 pagi: Perut mula terasa
tidak selesa. Kadang-kadang menegang. Hati terdetik, adakah masanya telah tiba?
Saya menghubungi ibu dan ibu mertua sekadar untuk mendapatkan kepastian dan
nasihat. Mereka berkata ini adalah proses biasa bagi wanita yang semakin
menghampiri saat melahirkan dan menasihati saya agar tidak cepat panic. Tahap
kesakitan yang masih rendah mampu ditahan. Apatah lagi, sakit itu datang dalam
tempoh yang singkat.. mungkin sekadar 30 saat sehingga 1 minit sahaja. Apabila
sakit itu pergi, saya melakukan tugas-tugas ringan rumah tangga seperti biasa.
11.30 pagi: Sakit yang datang dan
pergi dengan tempoh kekerapan yang tidak menentu dihadapi dengan tenang.
Disebabkan ini adalah kandungan sulung, maka saya dan suami bertekad untuk
tidak tergesa-gesa ke hospital selagi tiada lagi tanda besar untuk bersalin. Saya
mengambil keputusan untuk tidur dengan harapan tidak akan merasa sakit. Alhamdulillah,
saya benar-benar tidur lena selama 2 jam tanpa rasa sakit.
2.00 petang: Saya menunaikan
solat Zuhur dalam keadaan yang kurang selesa. Namun, apabila ayat-ayat suci
al-Quran dibaca, terasa seperti tiada lagi rasa sakit. Saya teruskan dengan
solat-solat sunat dalam keadaan duduk. Seterusnya, bersantai bersama suami di hujung
minggu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai seperti menonton
televisyen, melayari internet dan membaca buku. Saya cuba mengalihkan fokus minda
kepada perkara-perkara lain agar tidak terlalu memikirkan tentang rasa sakit.
6.30 petang: Selepas mandi, saya
merasakan sakit yang sedikit kuat daripada sebelumnya tetapi masih dalam
kategori ‘mild contraction’. Sesekali saya mengaplikasikan ‘pain manangement
techniques’ yang dipelajari daripada buku. Saya menelefon kakak yang merupakan
seorang doktor untuk bertanya itu dan ini. Alhamdulillah, saya masih mampu
bertenang.
11.30 malam: Saya mula masuk
tidur. Owh, saya tidak mampu tidur lena. Setiap 20 minit, saya akan bangun
kerana rasa sakit dan pergi ke tandas. Terasa ada sesuatu yang menekan pundi
kencing saya dengan begitu kerap. Saya cuba meneruskan tidur kerana percaya konsep
“sakit datang dan pergi”.
24 September 2012
3.00 pagi: Tiba-tiba terasa air mengalir deras tanpa boleh dikawal. Ya Allah, air ketuban
saya telah pecah! Inilah tanda besar bahawa saya benar-benar akan melahirkan.
Suami yang sedang tidur lena di sisi terpaksa dikejutkan. Kami bersiap dan
bergegas ke hospital. Perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minit terasa
jauh. Saya mula merasakan sakit yang semakin kuat sehingga tidak mampu lagi
bercakap setiap kali 'contraction' itu datang. Syukurlah, bekalan kurma dan air
zam-zam sangat membantu. Saya sempat makan 2 biji kurma dalam perjalanan ke
hospital.
3.30 pagi: Tiba di hospital,
perut saya terus dipasangkan dengan alat CTG untuk memeriksa denyutan jantung
bayi dan kadar ‘contraction’ yang sedang berlaku. Dalam keadaan sakit, terasa
rimas diperlakukan sebegitu. Syukurlah, suami sentiasa ada di sisi memberi
semangat dan ketenangan. Saya mula membaca doa Nabi Yunus dan apa sahaja zikir
yang terlintas di fikiran. Saya juga cuba memotivasikan diri dengan mengatakan
di dalam hati bahawa “Bersalin adalah jihad seorang wanita yang sangat mulia.”
5.00 pagi: Vagina Examination
(VE) yang pertama dilakukan. Alhamdulillah, bukaan pintu rahim telah mencapai 8
cm. Saya terus dihantar ke Labour Room. Setelah siap memakai pakaian khas hospital,
VE kedua dilakukan. Subhanallah, bukaan pintu rahim telah sempurna 10 cm! Ini
bermakna, saya hanya perlu meneran untuk mengeluarkan bayi apabila contraction
itu datang.
5.45 pagi: Setiap kali
contraction datang, saya mencuba dan terus mencuba. Apabila tiada lagi
contraction, saya kembali relaks dan mengumpul tenaga baru untuk proses meneran
yang seterusnya. Dalam keadaan penuh sedar, saya mendengar semua arahan doktor
dan kata-kata semangat daripada beberapa orang jururawat yang bertugas. Malah,
saya mendengar dengan jelas bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh suami
tercinta. Suami membaca beberapa baris ayat dari Surah Yunus melalui telefon bimbitnya. Mungkin disebabkan tiada
pengalaman dan pendedahan secara praktikal, saya tidak dapat mengaplikasikan teknik pernafasan dan teknik
meneran yang betul sepertimana yang dipelajari daripada buku dan internet. Setelah
45 minit mencuba, Dr. Noraziana mengambil keputusan membantu proses kelahiran dengan
menggunakan forcep. Saya meneran sekuat hati buat kali yang terakhir dan doktor membantu dengan menarik keluar kepala bayi. Maka, kaedah kelahiran anak ini ialah vaginal delivery
assisted with forcep. Kata-kata doktor yang kekal dalam ingatan:
"Baby awak ni kuat semangat!"
6.31
pagi: Alhamdulillah.. segalanya berakhir dengan selamat tanpa sebarang
komplikasi. Setelah selamat dilahirkan dan tali pusat dipotong, si comel
seberat 3.28 kg terus diletakkan di atas dada saya. Dalam keadaan tidak percaya,
tiada kata yang mampu dilafaz melainkan ucapan tahmid dan takbir. Saya menangis
terharu. Terasa begitu bahagia.
Alhamdulillah.. Allahu Akhbar!
| ||||||||||||||||
Ainul Mardhiyyah - Day 3 |
Ainul Mardhiyyah - 1 month |
A new daddy with his little princess |
* Aidiladha 2012 with our bundle of joy *
Tajuk Lagu: Ainul Mardhiah
Penyanyi/Artis: U.N.I.C
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita
Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )