Wednesday, August 15, 2007

Aku rindu dgn sangat...


Rinduku sepenuh dada
Rinduku tak terucap dengan kata
Rinduku tak tertulis dgn pena
Rinduku sakit tak tertanggung dek jiwa


Ya Allah

Aku rindu dengan sangat
Aku rindu dengan hebat
Kekasih-Mu pemberi syafaat
Cinta yang kudamba kelak di akhirat...




P/S; Dear myself, moga aku hanya rindu pada yg layak, ,hanya pd dia yg berhak...



"Hanyalah cinta-NYA yg amat kuharapkan...tiada lain yg jadi rayuan. Namun, DIA Maha Mengerti tak mampu insan bersendiri menempuh dugaan yg menguji naluri..." (Kias Cinta by Suhaimi)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk.

(Surah al-Baqarah, ayat 186)


Saturday, August 4, 2007

LOve letters from ALLAH!



















"Dan orang2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Mereka itulah penghuni Syurga, mereka kekal di dalamnya."
(al- A'raf: 42)

"Alhamdulillah, ayat ini memujuk diri. Alangkah indahnya jika aku termasuk dlm golongan 'mereka' yg dimaksudkan," bisik hati kecil saye.

Lately, slalu jer hati ini diuji. Ya, ujian Allah tu berepisod. Selepas kte berjaye lepasi satu ujian, akan hadir ujian yg lain utk terus menguji iman kte. Sbg hamba Allah, kte tak akan berhenti diuji sehingga mati. Tabahkan hatiku, ameenn...

"Kerana Syurga itu sangatlah indah, jalan menujunya tentulah payah"

Kakak slalu pesan... bile hati tak tenang, amek la al-Quran, bace n then try hayati maksudnya. Ingatlah, hanya mengingati Allah, hati kte akn menjadi tenang, insyaAllah~
Terime kasih kak Nor (^_^)

Alhmdulillah, Tafsir al-Quran bersaiz mini diselak dan dibaca. Terasa damai di dlm hati. Tafsir ni penuh erti bagi saye. Pemberian seorang ukhti semasa saye belajar di Kota Bharu, Kelantan dulu. Tafsir al-Quran kaler kuning + hitam ni diimport khas dr Indonesia katanya. Sentiasa setia menjadi teman di sisi, terus berguna utk menjentik keinsafan diri. Astaghfirullah… Aku sedar aku tidak sendiri, saat ujian dtg silih berganti…


“Bacalah al-Quran itu, sesungguhnya al-Quran itu akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat bagi yang membacanya.”
(Hadis riwayat Muslim)

Bye, bye Australia...

Bye, bye Aussie
Jaulah tarbiyah berakhir di sini
33 hari yg sgt bermakna

33 hari hidup tanpa handphone, hehe...

Moga ader manfaat utk diri sendiri yg akan diamalkan dan boleh dikongsi dgn org lain di Malaysia nnt, insyaAllah…


Terasa indah sangat bait-bait lirik lagu “Hikmah Kembara” by Mirwana:

Di sini kau berdiri berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir
Alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa

Berjalan, bermusafirlah melihat kebesaran Tuhan
Yang diciptakan utk mereka yang berfikir
Dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya, iman dan taqwa bagi hamba yg setia

Tiada beza warna, kulit atau rupa
Yang ada hanya insane yg lemah
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan

Fikirkanlah… di mana arah kita
Renungilah.. hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita
kepadaNya
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
Untuk melihat kebesaranNya lantas berfikirlah
Dan bersyukur di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

"Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk diberi-Nya petunjuk , maka dilapangkan hatinya untuk menerima Islam."
(a-An'am: 125)


*::Manusia macam logam. Akan jadi baik apabila betul-betul faham islam kerana islam itu agama fitrah.