Wednesday, May 20, 2009

Quality Vs Quantity


A : Nanti dah kahwin, nak berapa orang anak?

Me: Erm, ikut la berapa rezeki Allah nak kurniakan, saya terima je…
A: Hi, tak kan tak pernah berangan kot..nak family besar mana?
Me: Hehe... tak kisah la besar mana. Yang penting quality, bukannya quantity. Lagipun, bukan senang nak didik anak zaman sekarang ni kan...
A: Betul-betul, setuju... Tapi, terus doa dan usaha la dapat buat yang terbaik. Awak boleh, insyaAllah~
Me: Amin... ;)


* * * * * * * * * * * * * *

Assalamualaikum w.b.t
Dialog di atas sekadar mukaddimah untuk entry kali ni. Beberapa orang sahabat asyik bertanya;
kenapa saya tak update blog?
bila nak update blog?
tak ada story baru nak share ke?
I realize, having a blog is a decision... being a blogger is a commitment. I'm sorry to all my respected readers... Saya minta maaf kepada semua followers blog yang tak seberapa ni. Selain alasan biasa; busy dengan commitment lain, saya juga berpegang pada prinsip tadi; it’s all about the quality and not the quantity. Bukan mudah hendak berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk semua pembaca yang budiman dan bukan senang juga untuk menyentuh hati manusia lain melalui penulisan. Basically, those are the two primary aims of creating this blog.
Kakak pesan, jangan menulis ikut syok sndiri... jangan hanya pandai berkata tapi buktikanlah apa yang diperkata. Menulis apa yang orang suka baca, mahu baca dan perlu baca!

Setiap manusia dikurniakn tempoh masa yang sama; 24 jam sehari. Saya dengan rendah hati berdoa semoga masa saya menulis untuk blog ini tidak sia-sia dan masa anda membaca di blog ini juga tidak sia-sia.... I really wish that u will gain something beneficial for spending your precious time to visit this page, insyaAllah…aminn~
“Katakanlah (Muhammad), “Apakah perlu Kami bagitahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya.
Mereka itu adalah orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan (tidak percaya) akan pertemuan dengan-Nya. Maka, sia-sia amal mereka dan Kami tidak memberikan penimbangan terhadap (amal) mereka pada Hari Kiamat.”
(al-Kahfi: 103-105)

Saya tidak mahu anda di sini sekadar membaca ayat demi ayat tapi saya mahu anda memahami + menghayati. Boleh kan? =)

Terima kasih atas sokongan semua!
Semoga diri ini kekal dengan prinsip; "Tak hidup dek puji, tak mati dek keji"

Segala komen-komen membina saya terima dengan hati terbuka, tenang dan syukur… Dengan penuh sedar mengakui kelemahan diri yang tidak sempurna.
Segala puji-pujian dikembalikan kepada Allah S.W.T. Saya ini hanya insan biasa.


Betulkan niat, ikhlaskan hati, hanya redha Allah yang dicari*
amin Ya Rabbal Alaminn…~=)

Monday, January 26, 2009

* 10 Tips Bijak Urus Kewangan Sendiri *

"Psstt... duit elaun kte dah masuk!" seorang sahabat baik berbisik di telinga saya semasa kelas Second Language Acquisition (SLA) hari tu.
"Alhamdulillah..." jawab saya ringkas dengan rasa bahagia di hati.
Penumpuan kepada lecturer, Madam Noorzaina dikembalikan.
*** **** **** *** **** **** ***
Alhamdulillah, sesuatu yang dinanti dari BPG tercinta masuk juga ke akaun kami, bakal2 teachers ni, yeay! Opss...satu kesyukuran yang teramat sebenarnya sebab ramai yang complain atas kelewatannya sebelum ini. Apapun, ingatan kepada diri dan kawan-kawan...duit yang banyak itu perlulah diuruskan dengan bijak supaya cukup untuk tempoh 4 bulan akan datang. Elok jugak kalau ada sedikit peruntukan untuk menyimpan. Tergerak hati untuk bercakap soal "wang" dalam entry kali ni.
Tidak dapat dinafikan, wang dan kebahagiaan saling berkait rapat. Tanpa kedudukan kewangan yang stabil, hati pun jadi kurang tenang, betul tak?
Tapi, wang bukanlah segala-galanya. Wang juga tidak dapat membeli kebahagiaan. Contoh mudah, kenapa Prince Charles yang kaya-raya dan Mendiang Lady Diana yang cantik jelita akhirnya bercerai juga? Tentulah bukan persoalan duit yang jadi punca konflik. Jelas, wang ringgit hanyalah faktor tambahan untuk meningkatkan ketenangan hati dan kerukunan hidup di dunia yang singkat ini. Dalam dunia moden hari ini, semuanya perlukan wang.

Jadi, teruslah berusaha dengan cara yang halal serta berdoa dan bertawakkal dengan bersungguh-sungguh kepada Allah S.W.T agar rezeki kita yang dikurniakan oleh-Nya sentiasa cukup tanpa perlu meminta-minta kepada orang lain. Lebih baik juga jika kelebihan rezeki yang ada mampu dikongsi dengan mereka yang lebih memerlukan sebagai tanda syukur atas kurniaan-NYA kerana sebenarnya dalam setiap rezeki kita tetap ada hak orang lain juga.
Ingatan ini untuk diri sendiri juga. Kadang-kadang terasa 'berat' untuk menghulur tapi sebenarnya, rezeki yang ada di tangan bukanlah hak mutlak diri kita. Itu semya tidak akan dapat ikut bersama ke alam barzakh melainkan sedeqah yang dilakukan dengan ikhlas atas nama Allah S.W.T. Maksud ayat al-Quran di bawah mengingatkan saya...Alhamduillah, Allah masih sudi memberi "cahaya"
"Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual-beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Orang-orang yang kafir itulah orang-orang yang zalim."
(al-Baqarah: 254)
"Maka, bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barangsiapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung."
(at-Taghabun: 16)


Jom, belajar teknik ringkas pengurusan kewangan di bawah yang diperoleh daripada pelbagai sumber bacaan tapi telah diubah suai untuk kesesuaian diri sendiri dan the target audience of this blog, hehe... Apepun, cuba kita sama-sama amalkan, insyaAllah:

1- Kenalpasti KEPERLUAN Vs KEMAHUAN. Mesti sentiasa mengutamakan keperluan dalam berbelanja. Bak kata pepatah, “Ukur baju di badan sendiri.”
- Contoh: Makan adalah satu keperluan. Tapi, makan di tempat-tempat mewah adalah kemahuan yang perlu dipertimbangkan sebaiknya mengikut kemampuan.


2- Sediakan peruntukan untuk “emergency buffer” (akaun kecemasan). Mesti sentiasa pandang jauh ke hadapan dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.

-Contoh: Asingkan beberapa peratus wang gaji/ pinjaman PTPTN/ biasiswa/ sumber lain untuk tabungan atau simpanan tetap.


3- Buat keputusan bagaimana wang PATUT dibelanjakan dari awal lagi. Kawal diri secara psychology.
- Contoh: Sentiasa bersikap rasional dan bukan emosional. Lantik seseorang yang dipercayai untuk mengingatkan kita dalam hal ini. Elok juga kalau merekod aliran wang masuk (credit) dan aliran wang keluar (debit) untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya wang itu!


4- Fokus pada matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang. Letakkan keazaman yang tinggi dalam minda dan jiwa akan sesuatu yang realistik untuk dicapai dalam tempoh masa yang praktikal.

- Contoh: Matlamat jangka pendek ialah mesti membeli sebuah tafsir al-Quran berharga RM 45 bulan ini dan matlamat jangka panjang ialah mesti menyimpan at least RM 12000 untuk menunaikan ibadah haji dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

5- Kenalpasti “kebocoran” dalam corak perbelanjaan dan jangan ulangi lagi kebocoran tersebut. Elakkan membeli barang yang kurang penting atau barang yang masih elok.

- Contoh: Membeli handphone baru hanya kerana mengikut trend sedangkan handphone yang sedia ada masih elok untuk digunakan. Tujuan sebenar handphone ialah untuk berhubung dengan orang lain bukan ada tujuan lain yang tidak sepatutnya.


6- Rancang kewangan mengikut pendapatan sekarang bukan pendapatan ramalan.
- Contoh: Jangan berangan-angan dengan bonus yang akan dapat bulan depan tapi uruslah budget yang sedia ada.


7- Ingatkan diri akan kepentingan berbelanja secara berhemah untuk kebaikan diri sendiri dan menjamin keteguhan hubungan kasih sayang bersama keluarga dan lain-lain.
- Contoh: Wang yang cukup dan berkat sangat diperlukan untuk kelangsungan kehidupan dan wang juga diperlukan untuk membantu dan menggembirakan hati saudara2 terdekat serta orang2 yang tersayang agar ikatan silaturrahim dapat diteguhkan.


8- Sesuaikan dengan perubahan semasa atau keluarga.

- Contoh: Pilih tempat berbelanja yang menawarkan harga yang lebih rendah dan jika ahli keluarga bertambah, activity makan ‘di luar’ perlu dikurangkan. Atau jika banyak buku-buku rujukan yang perlu dibeli dalam semester ini, activity keluar ber'shopping' harus dikurangkan.

9- Sesuaikan dengan perubahan gaji/ wang pinjaman/ biasiswa.
- Contoh: Jika perubahan itu adalah positif (e.g: gaji naik), corak perbelanjaan boleh ditingkatkan sedikit asalkan tidak menggangu keperluan. Sebaliknya, perubahan yang negative (e.g: gaji turun) memaksa diri untuk mengurangkan perbelanjaan demi keselesaan hidup.


10- Sediakan ruang harapan untuk sistem simpanan serta pelaburan yang sistematik dan menguntungkan.
- Contoh: Buat kajian dan pilih agensi insurans yang terbaik dan boleh dipercayai untuk melabur wang anda ke jalan yang halal dan diredhai.

" Barangsiapa yang meminjami Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah melipat gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."

(a-Baqarah: 245)

Ok, that's all that i wanna share... Have fun! =)




Sunday, January 11, 2009

* Hope & Change *


No matter who we are…
Whether a boy or a girl
Whether a man or a lady
Whether a student or a worker
Whether young or old
Whether active or passive


As long as we still care for what is happening around us
As long as we still have the value of humanity inside our bodies
As long as we still appreciate the meaning of love within our hearts
As long as we are a Muslim or a Muslimah…


Let's do something to help them...
Let's keep praying!
Let's boycott!


Let's be responsible for our own religion...

Don't just say it, let's do it!
Perhaps, these are the smallest efforts that we can do
If u have the intention in giving financial contribution,
go ahead!

"Who is he that will lend to Allah a goodly loan so that HE may multiply it to him many times? And it is Allah that decreases or increases (your provisions), and to Him you shall return."
(al-Baqarah: 245)

"O you who believe! Spend of that which We have provided for you before a Day comes where there will be no bargaining, nor friendship, nor intercession..."
(al-Baqarah: 254)


*Faith over fear*
Save Palestine!

ameenn Ya Rabbal alameenn...

- No title -


* Bila si baju kurung bertemu si baju melayu*

Semoga FITRAH itu bukan menjadi FITNAH tapi benar-benar menjadi satu ANUGERAH! Ameenn… Ya Rabbal Alameenn...~

Suka saye nk share hasil nukilan Fatimah As-Syahra dlm novelnya, TAUTAN HATI:


Keikhlasannya menambat hati,
Kesederhanaannya menambah seri,
Namun,
Semakin dia aku dekati,
Semakin keliru aku sendiri,
Tergugat apa yg aku imani.
Oh Tuhan,
Dia amat aku kasihi,
Andaikata ENGKAU redhai,
Tunjukilah aku sekali,
Sebuah cinta yg hakiki,
Andai benar jalanku ini,
Pimpinlah dia utk turut merasai,
Kebenaran akidah ini!

“Sesungguhnya, kebenaran itu datangnya dr Tuhanmu. Maka, jgnlah sekali-kali kamu termasuk dlm golongan orang-orang yg ragu.”

(al-Baqarah: 147)

Maksud sabda Rasulullah S.A.W:
"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu adalah apa2 yang mententeramkan jiwa padanya dan tenteram pula pada hati. Dan dosa itu adalah apa2 yg syak dlm jiwa dan ragu-ragu dlm hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.."
Wahai hatiku…
ikutilah bisikan jujur hati kecilmu
bukan bisikan hati besarmu yg keliru...
"Mereka yang berjuang untuk melawan nafsu kerana hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami."
(al-Ankabut: 69)

Saturday, January 10, 2009

Palestin itu, Palestin kita!





Assalamualaikum w.b.t…

Atas dasar kemanusiaan, atas dasar persaudaraan sesama insan, penderitaan umat Islam di Palestin harus dihayati agar mampu mengundang keinsafan diri.
Bayangkan jika kita di tempat mereka..
Bayangkan jika yang menderita itu adalah ibu bapa, abang-abang, kakak-kakak atau adik-adik kita..
Bayangkan jika yang mati itu ialah sesiapa sahaja orang yang kita sayangi..
Mungkin lebih terasa sakitnya!

Tindakan jahat tentera Zionis sangat kejam, gila dan di luar batas kemanusiaan!

Kemakmuran hidup di Malaysia atau di mana sahaja kita berada wajib disyukuri. Itu bukan alasan untuk kita berpeluk tubuh dan sekadar melihat apa yang terjadi.


Wahai diri, wahai sahabat-sahabat yang dikasihi;
Lakukanlah sesuatu untuk saudara-saudara kita di luar sana…

Jangan lupakan mereka dalam urusan harian kita. Marilah boikot apa sahaja keluaran Yahudi yang menyumbang kepada keganasan dunia. Mungkin usaha ini dirasakn terlalu kecil. Tetapi, kita mengharapkan perubahan kepada ekonomi dunia, insyaAllah...At least, we do something to cripple the Israeli economy.


Ingatlah, Allah tidak melihat kepada hasil/ natijah akan sesuatu tetapi Allah melihat sejauh mana usaha kita untuk mendapatkan hasil yang diharapkan..Jadi, jangan sekali-kali putus asa daripada rahmat Allah...jangan berhenti berharap, jangan berhenti berusaha.

This is the list of brands that are found out to donate money to Israel army. We need to stop buying all these!


Berhenti membeli:·
 Coca-cola
· Huggies
· River Island
· MC Donalds
· Clinique
· Disney
· Donna Karan
· Starbucks
· Gap
· Garnier
· Perrier
· Kotex
· Sanex
· Jo Malone
· Lancome
· Libbys
· Tchibo
· Loreal
· Marks & Spencer
· Kleenex
· Maybelline
· Nestle
· Vittel
· Revlon
· Wonderbra



Jangan lupakan mereka dalam doa harian kita. Marilah sama-sama berdoa akan kesejahteraan, keselamatan dan ketabahan hati umat Islam di bumi Palestin. Semoga yang mati itu tergolong dalam golongan mereka yang syahid di jalan Tuhan-Nya dan mendapat keredhaan di dunia dan di akhirat.

Lakukan sesuatu yang termampu untuk saudara-saudara seagama kita. Semoga ada jawapan ketika disoal oleh Allah di akhirat kelak, insyaAllah.

“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang padamu cubaan seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datang pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”(al-Baqarah: 214)
Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah itu telah mati. Sebenarnya, mereka hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.”(al-Baqarah: 154)

Yang pergi tidak lagi akan kembali ke atas bumi tp kembali ke sisi Tuhan Yang Maha Mengerti, [al-Fatihah….~]

Waallahu a’lam…

Tuesday, November 18, 2008

Jom, kita jogging!

Ceria bergambar selepas jogging @ taman rekreasi Seksyen 18

Sesiapa yang kenal rapat dengan saya akan tahu yang saya seorang yang sangat suka jogging.

Kenapa ye saya suka jog?
Erm, I admit that I'm a very body-concious type of person!
Suka brsenam + control makan. Tapi, definisi diet bagi saya bukanlah menahan lapar dengan cara tak makan tapi menjaga apa yang patut dimakan…. Both in terms of quality as well as quantity. So, jangan jadi diet victims k!
Menurut Dr. Haji Juanda, persepsi agama tentang diet memang senang, 'selagi mana makanan dan minuman itu tidak memudaratkan kesihatan, tidak diharamkan oleh agama dan diperolehi daripada sumber yang halal, kita boleh menikmatinya dengan kuantiti yang sederhana.'
Sebenarnya saya tidak perlu terlalu risau tentang berat badan sebab setakar ini, alhamdulillah purata BMI sentiasa ideal dan kadang-kadang mencapai tahap under-weight especially during Ramadhan.

Tambahan pula, syukurlah...Secara genetiknya, saya dilahirkan dalam family yang memang kurus-kurus belaka...Masuk ke rumah saya mungkin ibarat masuk ke Slim World, hehe... Cuma, ayah saya sebagai raja di "Teratak Bahagia" kami, agak berisi orangnya sedangkan beliau seorang yang sangat kurus semasa zaman muda dulu- dulu (mungkin terlalu bahagia dikurniakan seorang isteri yang pandai dan rajin memasak;-P)
Apapun, kebaikan berjogging bukan saja patut dilihat dari sudut body figure untuk tujuan keep slim. Tapi, apa yang jauh lebih penting patut dilihat dari sudut kesihatan body system secara menyeluruh.


Selain tu, bagi saya, jogging juga dapat memberi peluang untuk melepaskan tekanan dari belenggu masalah. Diri dapat tengok keindahan dan kehijauan alam ciptaan Tuhan, dapat melihat pelbagai golongan manusia dengan pelbagai ragam dan dapat juga mengeluarkan peluh secara sihat.

Oleh itu, saya meletakkan aktiviti berjogging sebagai satu kemestian dalam jadual harian. Tapi, mungkin hanya mampu dilakukan jika tidak terlalu sibuk. Dalam keadaan sibuk, saya cuba mencari masa untuk berjongging sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Biasanya, saya lebih suka memilih waktu pagi untuk keluar berjogging. Selain cuaca yang masih segar, waktu itu juga kurang manusia berada di taman tersebut, terutamanya anak-anak muda yang laki-laki. Jadi, kuranglah sedikit rasa segan mahu berlari-lari anak, hehe..
Pelawat-pelawat taman pada waktu tersebut biasanya orang-orang tua Melayu dan Cina. Merekalah warga emas yang masih mementingkan kesihatan diri.

Berikut merupakan fakta tentang faedah-faedah berjogging yang saya dapat daripada pembacaan. Sama-sama ambil pengajaran ya =)

Manfaat jangka pendek:

· Membantu meningkatkan daya tumpuan dan kepekaan
· Badan rasa lebih selesa
· Jadi lebih cergas dan bertenaga
· Memperbaiki emosi
· Mengurangkan tekanan


Manfaat jangka panjang:
· Mengawal berat badan
· Mengekalkan kesihatan tulang, otot dan sendi
· Mengurangkan risiko sakit jantung, kencing manis, strok dan tekanan darah tinggi
· Melancarkan aliran darah
· Meningkatkan daya ketahanan badan


Kalau benar-benar tiada masa untuk bersenam atau berjogging, mungkin banyak berjalan kaki adalah alternatif terbaik.
Islam sendiri suka akan umatnya yang kuat daripada umatnya yang lemah. Apabila badan sihat dan otak cergas, ibadat pun dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna, insyaAllah…
Bersenam + Pemakanan seimbang + Pemikiran positive = tubuh badan yg ideal + sihat n wajah yang ceria + awet muda (^_^)

Tubuh badan yang cantik adalah tubuh badan yang dipergunakan untuk kerja-kerja kebajikan, amal soleh dan beribadat kepada Allah S.W.T. Setiap anggota badan akan menjadi saksi pada Hari Kiamat nanti atas segala perbuatannya di dunia. (Dr. Haji Juanda, 2008)


Typical quotation: “Otak yg cergas, lahir dr badan yg sihat”
Or in Arabic: “Al-aqlis salim minal jismissalim"


Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dari muda dan salah satu caranya ialah dengan berjogging selalu! Jangn malas ok =)


Salam gaya hidup sihat dari NUR CaHaYa! Yeah…~

*Air Mata Seorang Lelaki *

Assalamualaikum w.b.t

Ada yang bagi komen, blog saya ni macam sesuai untuk bacaan orang-orang perempuan sahaja.


Dear my respected readers,
Actually, even certain entries are specifically dedicated for female readers, but in general male readers can also gain benefits from those posts.

Apapun, entry kali ini ditujukan khas untuk kaum Adam di luar sana, hehe...





Bila lelaki akan menangis?

Kenapa lelaki akan menangis?

Kepada siapa lelaki sanggup menangis?

Hilang macho ke kalau seorang lelaki itu menangis?

Soalan-soalan ini patut ditujukan pada semua lelaki di luar sana. Lelaki yang terkenal dengan sifat fizikalnya yang gagah, kadang-kadang akan kalah juga dengan air mata sendiri. Betul kan?

Tapi, saya yakin mesti ada alasan tersendiri mengapa seorang lelaki itu akan menangis.

Normally, tears are closely associated with ladies, right?

Air mata wanita bukanlah untuk meraih simpati, tapi bukti kasih sayang sejati
Air mata wanita bukanlah tanda kelemahan tapi cuba mencari titik kekuatan
Air mata wanita bukanlah sekadar murahan tapi lahir daripada hati yang paling dalam



Sejujurnya, sayea suka sangat tengok lelaki menangis, bukan yang biasa dilihat di kaca TV atau di layar perak. Itu semua hanya lakonan semata-mata. Tetapi, saya sangat terharu melihat tangisan seorang lelaki secara realiti, yang terjadi di depan mata sendiri. Terasa betapa ikhlas sekeping hati apabila air mata lelakinya menitis..

I only have two guys who I really close to; my beloved dad + my only brother.

Suatu hari, semasa abang saya mahu pulang ke Johor, abang dan ayah sama-sama menangis terharu sebab abang memang susah dapat peluang untuk pulang ke kampung halaman. Perhaps, due to time constraint + distance.

Ayah saya pula terlalu mudah menitiskan air mata saat bersalaman dan saling bermaafan dengan anak-anak dan menantu-menantu di pagi Syawal yang penuh makna. Terasa betapa dalamnya perasaan kasih seorang ayah terhadap anak-anak.

Itulah air mata ikhlas lelaki yang amat saya hargai.

Lelaki mungkin akan menangis saat dikurniakan sesuatu yang berharga
Lelaki mungkin akan menangis saat kehilangan seseorang yang tercinta

Lelaki mungkin menangis apabila sedar akan kesilapannya
Lelaki mungkin akan menangis sebagai jalan mendekatkan diri kepada Tuhannya


Eh, betul ke ke hypotheses saya ni?

Any comment from guyz out there?

Pls have your say (^_^) TQ!

Monday, November 17, 2008

Teacher Vs Ustazah



“Adik ni blaja dalam course apa?” tegur seorang wanita yang tidak saya kenali di stesen bas Bandar Jengka.

“Saye ambil course pendidikan kak,” jawab saya ringkas dan kemudian menghadiahkan sebuah senyuman perkenalan kepada wanita yang sedang mendukung anak kecil tersebut.
“Owh, bakal cikgu la ni ye. Pengkhususan dalam bidang apa? Adik ambil Syariah ke?” soal wanita itu kembali minta kepastian.

“Eh, tak lah kak…saya ambil jurusan TESL, belajar English,” jawab saya dengan sedikit perasaan terkejut yang cuba disembunyikan.

* * * * * ** * * ** ** *

Dialog ringkas di atas membawa saya ke alam “muhasabah diri.” Rasanya, pakaian saya biasa saja…sekadar berbaju kurung ungu dan tudung bidang 60” warna sedondon, sebenarnya tidak layak pun mahu digelar sebagai pelajar syariah yang kebanyakannya biasa dilihat berbusana jauh lebih muslimah; berjubah dan bertudung labuh atau tudung bulat litup.


Ya, dalam tempoh lebih kurang setahun stengah dari sekarang, saya bakal bergelar ‘cikgu’, atau lebih tepat lagi seorang guru Bahasa Inggeris yang dipanggil 'teacher', hehe… insyaAllah~

Erm, nak jd Teacher ke Ustazah saye ni yer?
Mengalami konflik identiti ker?
Memang sejuk hati kita kan apabila berdampingan dengan mereka yang bergelar “Ustazah”. Terasa kagum dengan ketinggian ilmu agama yang dimiliki. Apa pula rasanya apabila berdampingan dengan English teacher? Terasa moden dan jauh dari agama ke? Sentiasa speaking English jer…. Yer la international language kan. (^_^)

Saya mahu menjadi guru kerana itu harapan ibu dan ayah
Saya mahu belajar English kerana itu cita-cita diri saya sendiri
Jadi, untuk memuaskan hati sendiri dan ayahbonda, akhirnya saya ditakdirkan akan menjadi English teacher

Saya memujuk diri, bukanlah satu kesalahan menjadi English teacher dan bukanlah juga satu jaminan mendapat Syurga Allah jika saya menjadi Ustazah. Semuanya berbalik kepada diri sendiri juga. Persoalan ini sepatutnya tidak perlu menjadi kompleks kerana kedua-duanya memiliki skop tugasan yang sama; untuk MENDIDIK!
"Yes, i don't want merely to be a teacher but i would like to be an educator"

Berbeza sebenarnya dua istilah ini: Guru Vs Pendidik. Pada pendapat, sesiapa sahaja boleh menjadi guru tetapi tidak semua guru mampu menjadi pendidik.

Mungkin mudah untuk menyampaikan sesuatu ilmu akademik dari buku. Apatah lagi smpai ke otak pelajar-pelajar yang bijak. Tetapi, bukanlah sesuatu yang mudah untuk menyampaikan ilmu-ilmu kehidupan yang perlu sampai ke dasar hati yang paling dalam.

Begitu juga dalam konteks membesarkan anak-anak. Semua ibu bapa pandai membesarkan anak masing-masing sehingga dewasa tapi tidak semua ibu bapa mampu mendidik anak-anak untuk betul-betul menjadi manusia yang berguna mengikut acuan Islam yang sebenar.

Walaupun kedua-dua perkataan“Teacher” dan “Ustazah” sangat berbeza bunyi sebutan dan maksudnya, saya berusaha mahu menjadi kedua-duanya. insyaAllah...~
Saya memang dilatih untuk menjadi English teacher; belajar grammar, literature, methodology in teaching etc...
Tapi, rugilah saya jika tidak meningkatkan ilmu agama sedangkan hanya agama yang menjamin kehidupan smpurna di dunia dan di akhirat.
Dan agama juga membawa kemuliaan kepada seseorang kerana semua manusia sama sahaja di sisi Allah, hanya taqwa dan keimanan yang membezakan setiap individu.

Mungkin kerana itu, ketika kami disajikan dengan bermacam-macam teori barat, Allah masih sudi menggerakkan hati saya dan segelintir rakan-rakan untuk memilih bahasa al-Quran iaitu Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di UiTM ini.

Dan kami juga ditakdirkan oleh Allah memilih subject “Family in Islam” sebagai matapelajaran ko-kurikulum.
Cuba mencapai keseimbangan hidup dalam dunia penuh kemodenan, insyaAllah~

So, this situation leads to a modern term called as "PROTAZ/ PROTAZAH" = Professional yang Ustaz/Ustazah.

Mungkin Kapten Hafiz Firdaus adalah salah seorang contoh yang terbaik. (Mungkin anda ada contoh yang lebih baik). Beliau seorang professional yang bertugas sebagai pilot untuk company MAS tapi dalam masa yang sama sibuk berceramah sana-sini menyampaikan ilmu agama disamping aktif menghasilkan buku-buku bercorak keagamaan. Berbekalkan ketinggian ilmu agama yang dimilikinya dari pelbagai sumber, beliau juga sudi meluangkan masa menjadi kolumnis bagi beberapa majalah-majalah tempatan untuk ruangan soal-jawab agama.
Berbekalkan prinsip:

“Jangan lihat kepada siapa yang berkata tapi lihatlah apa yang hendak diperkata”

Beliau terus tegar meneruskan tanggungjawab berdakwah dan menyampaikan ilmu agama dengan caranya sendiri.

Jelas, tanggungjawab membawa agama itu bukan terletak di bahu ustazah/ ustazah sahaja tetapi sebenarnya terletak pada setiap individu yang mengenal hakikat kejadiannya.
Teringat kata-kata hikmah yang pernah saya baca:

Tegakkan Islam dalam diri dan serulah org lain dgn cara yg berhikmah + bijaksana
Di samping belajar ilmu dunia untuk lulus exam, carilah masa untuk mengutip ilmu agama sebanyak mungkin untuk bekalan selepas mati dengan apa cara sekalipun; berguru dengan ilmuan Islam, banyak membaca religious books, hadiri majlis-majlis ilmu dan sebagainya.
"Hendak 1000 daya, mahu 1000 cara"
Kemudian, belajarlah teknik-teknik menyentuh hati orang lain dari segi kata-kata dan tindakan

Walau apapun kerjaya kita, walau apapun bidang kerja kita, secara asasnya tujuan kewujudan kita tetap sama -> sebagai hamba + khalifah Allah S.W.T

Semoga pekerjaan kita digunakan sebaiknya sebagai alat untuk mencapai matlamat; Keredhaan Tuhan


Doa hatiku:
“Ya Allah,
Bantulah aku dan rakan-rakan seperjuanganku yang lain untuk menjadi pendidik yang berjiwa Islam.
Sesungguhnya Ya Allah, tiada daya kekuatan untuk melakukan ketaatan dan tiada daya kekuatan untuk menolak segala kemaksiatan melainkan dengan izin dr-MU. Jangan biarkan kami sendirian Ya Tuhan dalam melamar keredhaan-MU...
Ya, Allah,
Makbulkanlah hajat kami, ameenn Ya Rabbal Alameenn…”

“Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri Akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yg bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?”
(al-An’am: 32)

"(Sungguh), Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Sungguh, Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (al-Hajj: 14)

Ya Tuhan,
Semoga aku sentiasa insaf dengan tujuan kewujudanku di atas bumi-Mu ini sebelum segalanya aku tinggalkan, ameenn…

waallahu 'alam...~

Tudung biasa, tudung labuh atau tudung bulat?



“Mak, tak nak pakai tudung la hari ni, panas lah! Nak ikat tocang rambut ni comel-comel” kataku penuh manja pada ibuku semasa kami bersiap utk ke majlis kenduri kahwin, dengan harapan ibu akan bersetuju, hehe..

“Iksh, jangan mengada! Pakai tudung tu… ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, mak membalas spontan dengan nada suara yang agak tegas dan wajah yang serius. Siap bagi peribahasa lagi. Bisik hati kecilku.

Aku turutkan sahaja kemahuan bonda tercinta. Tidak pasti pula aku lakukannya dengan rela hati atau sebenarnya dengan rasa terpaksa.

· * * * * * * ** * * * * * * *

Saya tersenyum sendirian teringatkan dialog ini yang terjadi kira-kira 14 tahun yang lalu. Ketika itu umur saya 8 tahun. Dialog ini masih segar dalam ingatan saya sehingga kini. Seingat saya, saya mula ‘aktif bertudung’ sejak darjah tiga, umur 9 tahun. Alasan utama ialah kerana saya dilantik menjadi pengawas sekolah dan semua pengawas perempuan di sekolah tersebut memang diwajibkan bertudung.


Daripada sekadar ikut peraturan, akhirnya jadi amalan harian…alhmdulillah
Hari ini, di usia 22 tahun, saya berfikir tentang perintah Allah yang satu ini.


Pelbagai persoalan keluar dari kotak minda:


Apa tujuan sebenar saya bertudung? Sekadar ikut adat, atau memang mahu ia menjadi salah satu ibadat?

Kalau di negara-negara bukan Islam, wanita yang bertudung mudah dikenali sebagai wanita Islam. Tapi, kalau dalam konteks Malaysia hari ini, mungkin kurang sesuai.

Kenapa masih ada gadis-gadis remaja atau wanita-wanita dewasa yang muslimah tapi enggan bertudung?

Mungkin ada yang berkata, “Alaa, pakai tudung pun blum tentu hati baik.”


Hakikatnya, hikmah bertudung sangatlah banyak. Mungkin tidak boleh dihurai satu-persatu kerana kemampuan akal manusia yang terhad.

Wanita yang faham agama sedar bahawa bertudung adalah salah satu cara menjaga maruah diri dan agama. Kecantikan diri bukanlah untuk dipertontonkan sesuka hati tapi wajar dilindungi. Keindahan seorang wanita itu hanyalah ditujukan untuk yang layak, hanya untuk dia yang berhak.

Apapun, secara asasnya, wanita sejati bertudung kerana mahu mematuhi perintah Tuhannya yang disampaikan dalam al-Quran.


Jadi, apa bezanya saiz tudung?
Sudah cukup sempurnakah saya bertudung?


Bila smpai ke persoalan ini, saya menjadi bertambah serius dan kritis berfikir.

Terus-terang saya katakan, hati ini sangat sejuk melihat wanita-wanita solehah di luar sana yang mmpu bertudung labuh, maksudnya tudung bulat yang berjahit di tengah. Saya sangat kagum dan bersyukur, di tengah-tengah kemodenan hidup hari ini, masih ada wanita yang sangat nmpak kewaraqannya dengan berbusana muslimah yang sebenar-benarnya. Terbayangkan betapa baik dan mulianya mereka mengangkat martabat fesyen pakaian islami ibarat zaman kenabian dahulu.


Bila agaknya saya akan memulakan langkah itu?
Apa yang membuatkan niat saya tersekat?
Belum bersedia? Sampai bila?
Perlukan seseorang untuk mendorong? Siapa?

Memanglah saiz tudung bukanlah petunjuk darjat keimanan seseorang hamba pada Tuhannya. Kerana iman itu letaknya di dalam hati. Ia berkaitan dengan hubungan sesorang itu dengan Tuhannya.
Tapi, telah dikhabarkan kepada kita bahawa pakaian taqwa itu adalah yang terbaik.
"Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya, Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian taqwa itulah yang lebih baik. Demikianlah sebagai tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat."
(al-A'raf: 26)

Keimanan yang utuh dalam hati akan dizahirkan dengan amalan. Tentulah kita dapat membezakan keimanan wanita yang bertudung dengan wanita yang tidak bertudung. Dan mungkin juga kita dapat membezakan keimanan wanita yang bertudung labuh dengan wanita yang bertudung biasa.


Dalam keluarga, bonda saya yang tercinta, kakak sulung saya yang bergelar guru dan kakak ketiga saya yang bergelar doktor sudah bertudung labuh. Maksud saya, tudung bulat yang jahit di tengah. (Sekarang ini banyak tudung labuh di pasaran tetapi dipakai dengan bermacam-macam fesyen)

Sahabat saya, Nur Syuhada dan Nor Fuzirah Hanim adalah dua orang ikon TESLian yang wajar dicontohi. Walau kami dilatih untuk menjadi bakal ‘teacher’ tetapi imej mereka ibarat mereka adalah bakal ‘ustazah.’ Alhmdulillah…

So, saya pula bila?
Adakah bertudung labuh atau tudung bulat hanya layak untuk mereka yang belajar atau bekerja dalam jurusan agama sahaja?
Alhmdulillah, sejak belajar di Kota Bharu, Kelantan yang dikenali dengan nama “Bandaraya Islam”, saya mula memakai tudung saiz bidang 60”.

Saye suka memilih fabrik yang mudah dibentuk supaya nampak kemas dan selesa dipakai. Dan apa yang lebih penting, tidak jarang agar aurat dapat ditutup dengan lebih sempurna.

Mungkin dengan harga tudung yang murah dan persekitaran Islamik di Kota Bharu mendorong saya untuk mengubah imej kepada yang lebih baik. Dan mungkin juga ada kata-kata motivasi dari seseorang yang menjadi 'booster' untuk saya berubah. Walaupun apapun puncanya, saya sentiasa cuba memperbetulkan niat. Moga segalanya kerana Allah, hanya kerana mengharapkan redha Allah, ameenn…


Wahai diri,
Wahai sahabat-sahabat perempuanku yang dikasihi,
Marilah kita berasa bangga menjadi seorang gadis Islam sejati. Imej Islam itu wajib dibawa walau ke mana kita pergi. Kelak nanti kita akan ditanya oleh Illahi…
Kepada kawan-kawan yang masih belum bertudung, latihlah diri untuk memulakan dengan tudung yang saiz biasa. Walau diri masih muda, tapi ajal tidak mengenal usia.
"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun."
(al-A'raf: 34)

Mahkota seorang wanita itu iaitu rambut wajib dilindungi daripada menjadi tontonan umum. Malah, kecantikan dan keindahan pada penciptaan seorang wanita itu secara keseluruhannya hanya menjadi tontonan khas terhad pada yang halal.
Bertudung bukanlah halangan untuk terus maju ke hadapan. Bertudung juga bukan halangan untuk bergaya.

Memang tidak salah untuk berfesyen. Islam itu indah dan sukakan keindahan. Tapi, pesan saya pada diri sendiri, biarlah bersederhana. Kena pada tempat dan masanya. Tiap kali hendak bertudung, pastikan betul niat dan caranya. Asalkan tutup sempurna dan nampak kemas, itu sudah cukup baik bagi saya.

Tujuan coretan saya kali ini adalah lebih kepada memotivasikan diri sendiri. Saya cuba menjadi yang lebih baik. Tapi, dalam soal ingin bertudung bulat ini, saye sendiri kurang pasti, apa sebenarnya yang membuatkan langkah saya terhenti? Adakah kerana pengaruh persekitaran yang membantut atau sebenarnye rendahnya keyakinan diri saya sendiri??

Mungkin ada pendapat saudara atau saudari, pembaca-pembaca di luar sana tentang perbezaan ketiga-ketiga ketogari tudung ini. Sudilah kiranya berkongsi pendapat dan komen anda tentang isu ini.
Shukran.


Waallahu a’alam…

Pencinta Baju Kurung

Sebelum memulakan group discussion malam tu, saya berjalan bersama teman-teman TESL yang lain menuju ke Ar-Rafi Bistro untuk makan malam terlebih dahulu. Suddenly, one of my friends came closer to me n said, “nak jalan dengan khomie la… nak nampak solehah macam khomie. Eh, camne nak jadi macam awak ni eh?”

Saya pelik juga dengan tindakan dan kata-kata sahabat yang seorang ini. Kemudiah, baru saya sedar yang dalam group kami tu, hanya saya seorang yang memaakai baju kurung.
Apapun, perkataan “solehah” yang digunakannya, terlalu agung bunyinya, terlalu dalam maksudnya, terlalu mulia sifatnya. Tidak layak rasanya diri ini dilabel sedemikian rupa. Iman di hati ini entah di mana tingkatnya, amalan pula entah banyak mana yang diterima. Terasa segan pula.

Memang la kalau setakat hendak membuat group discussion,..dan pada waktu malam pula tu, mungkin saya tidak perlu berbaju kurung. Tapi, hakikatnya jiwa saya memang cenderung berbaju kurung.

Saya tidak kisah jika dilabel sebagai “gadis kampong”, berpakaian konsevatif di bandar-bandar moden seperti Shah Alam. Bagi saya, setiap orang perlu ada identiti sendiri, mesti ada jati diri tersendiri.

Saya yakin, kemajuan atau kualiti diri seseorang itu bukan dinilai dari cara dia berpakaian tapi dari cara dia berfikir, cara dia menilai erti sebenar kehidupan.

Ayah slalu pesan"Di mana bumi dipijak, tetap di situ langit dijunjung"


Ayah tidak pernah meletakkan skema pemakaian tertentu untuk anaka-anak perempuannya sebab beliau yakin anak-anak sudah dididik untuk mementingkan kesopanan dan nilai ketimuran dalam semua aspek kehidupan. Ayah cuma pernah cakap, "Yang lelaki biarlah berseluar, yang perempuan eloklah berkain."

Ayah tidak pernah memaksa tapi sekadar menegur secara berhemah.


Suka saya petik prinsip hidup penghibur No. 1 negara kita, Dato' Siti Nurhaliza:



“Tak hidup dek puji, tak mati dek keji”

Prinsip ini boleh dikaitkan dengan nasihat kakak saya:


"Jangan bebankan fikiran dengan pandangan manusia kerana manusia itu terlalu ramai tapi berfikirlah tentang pandangan Allah kerana Allah itu hanya ada satu!

Teringat satu SMS yang saya pernah dapat dari seorang sahabat:

“Biar masa terus berubah, tapi akidah Islam jangan goyah!”

Apa yang penting ialah niat dalam hati, keselesaaan diri, look more feminine dan kemas sebab dengan baju kurung kita tidak akan jadi “fashion victims.” Baju-baju yang dianggap up-to-date sekarang belum tentu sesuai dengan body figure pemakai dan kadang-kadang nampak kurang kemas.

Baju kurung bukan setakat dipakai semasa hari raya, semasa menghadiri kenduri kahwin atau semasa mahu bertemu bakal mak mentua, opss… Tapi, baju kurung memang sesuai dipakai setiap masa di mana sahaja. Tidak lapuk ditelan zaman.

Mari kita lihat penampilan wanita hebat yang dikenali ramai seperti Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan ibu beliau, Sharifah Azah yang terkenal dengan jolokan "Pencinta Baju Kurung". Mereka sentiasa memilih baju kurung walau ke mana pergi. Malah, Tan Sri Dr. Zeti tidak keberatan untuk berbaju kurung ketika menghadiri persidangan antarabangsa. Je;as, beliau bangga dengan imej Melayu yang biasanya memasukkan elemen keagamaan. (Tapi sayang, beliau tidak bertudung)

Baju kurung adalah pakaian yang paling mudah bagi wanita untuk menutup aurat dengan sempurna dan tidak keterlaluan kalau dikatakan setiap gadis atau wanita nampak lebih sopan, ayu dan manis dengan baju kurung (^_^)

Saya tidak menyalahkan sesiapa yang mahu berfesyen, itu hak individu. Hidup ni memang penuh pilihan. Semoga kita mampu memilih yang terbaik untuk kehidupan dunia dan kehidupan di "alam sana", ameenn...~

Kita boleh sama-sama ambil pengajaran dari prinsip penyanyi Waheeda:
“We are what we wear” = “Diri kita adalah apa yang kita pakai”

Jika Waheeda itu tidak kuat imannya dan tidak mementingkan agama, tentulah dia tidak akan mampu untuk terus berbusana muslimah dengan bertudung litup sedangkan artis-artis perempuan lain sibuk mendedahkan kecantikan dan keseksian diri untuk menonjol dalam bidang seni.

Hakikatnya, Waheeda tetap berjaya dalam bidang yang diceburinya dengan caranya sendiri. Beliau tetap diminati oleh mereka yang menerima cara pembawakan dirinya. Beliau tetap dikagumi oleh peminat-peminat yang faham akan dirinya.

Kata-kata indah untuk dikongsi:
“Biarlah di bumi dia kurang dikenali tapi di langit dia disanjung tinggi.”

Apa yang mahu ditekankan di sini ialah soal aurat dan niat. Aurat berkait rapat dengan maruah seorang perempuan itu dan niat pula berkait rapat dengan penerimaan Allah. Mungkin elok pada pandangan manusia, belum tentu elok pada pandangan Allah.

Kepada sahabat yang mahu berjalan dengan saya tadi, saya bukanlah contoh terbaik untuk dijadikan model. Sebagai wanita muda, saya juga suka bergaya. Kalau bukan berbaju kurung, saya mungkin memilih skirt labuh atau seluar dan blaus panjang smpai ke lutut sebab saya suka nampak keperempuanan [look more feminine]. Anyway, 'baju kurung' is my first choice for most of the time.

Saya selalu mengingatkan diri untuk bersederhana dalam bergaya, sesuai masa dan tempatnya. Beli pakaian ikut keperluan dan kemampuan, tutup apa yang patut ditutup, pastikan tidak ketat dan tidak jarang serta memelihara niat di dalam hati.

Sering bertanya pada diri, "kenape aku pakai mcm ni?"
Pakaian secara asasnya diperlukan untuk menutup aurat, sebagai perhiasan diri dan melindungi diri daripada kepanasan atau kesejukan.

Jadi, tidak perlu berlebih-lebihan dan jangan pula nampak selekeh.

Saya mengaku, kadang-kadang saya pun pernah tersilap dalam memilih pakaian yang terbaik yang menepati kehendak syariat. Tapi, syukurlah...Masih ada yang sudi mengingatkan.

Apapun, sama-samalah kita berusaha berubah ke arah penampilan yang lebih baik seiring peningkatan usia supaya kita lebih dihormati dan lebih menghargai diri sendiri.

“,,,kerana diriku begitu berharga.” – Loreal Paris (^_^)

Borders Bookstore @ Berjaya Times Square



Baru2 ni…demi menjaga hati my housemates yg dah byk kali sgt ajak saye kluar KL. Sebelum ni slalu jer sy menolak dgn cara baik n bg macam2 alasan. Tp, kali ni saye ikutkan kemahuan mereka. Takpe lah kalo pd mulanye saye rase agak keberatan dan terpaksa, tp akhirnya cuba mengikhlaskan hati supaye bleh wat diaorg rase happy + tak kecik hati.


So, kami bertiga memilih ke Berjaya Times Square sehari selepas habes final exam of semester 5. Yeay, no more academic books for almost 2 months!


At first, plan nk main permainan2 mencabar kat Cosmo's Theme Park. Unfortunately, sikap saye yg sgt penakut nk cuba mende baru buat saye tak jadi nak maen. So, saye decide utk bawa haluan sendiri. Mereka berdua enjoy kembali ke alam kanak2, hehe…

Mcm biase, rasenye tak lengkap plak dlm sehari kalo tak membaca ssuatu yg baru. So, after bertanye di information center, sy turun ke level 1 utk mencari Borders Bookstore. Sbenarnya, ni kali pertama saye singgah ke kedai buku ni.

Saye pergi ke section yg agak tersorok sbb saye plan nk duk lame kat ctu. So, saye pilih my favourite sections; magazines, motivational and religious.

Saye terjumpe mcm2 buku yg best yg nk dibace termasuk biography Tun Dr. Matathir yg dibuat dlm bentuk comic.. sgt lucu + comel + menarik!

Bace dan terus membace smpai tak sedar yg dah hampir 2 jam saye duk kat situ bertemankan buku2 yg tak bernyawa. Pengawal keselematan kedai buku tu yg dah byk kali pusing2 tempat tu pun dah bosan agaknyer tgk saye, "bile la budak ni nk balek?" hehe...

Bila Syud n Aini dah puas bermain, diaorg cari saye kat ctu. “Jom, gi makan makanan Thai…Pastu, mkn Sushi lak!”. Huh, baru tersedar yg perut kosong dr td. Baru terase lapar.

Ada satu buku yg sgt bagus utk dicadangkan kpd sume sahabat2 di luar sane:

Tajuk : Jagalah Allah, Allah menjagamu
Penulis: Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
Penerbit: Jasmin Interprise
Muka Surat: 506
Harga: RM 30.00


Menarik kan tajuk buku tu? Alhamdulillah, saye beli buku ni sbg satu lg koleksi peribadi… for my own library in the future, insyaAllah~

Memang best buku neh… memberi panduan dlm memperbaiki hubungan seorang hamba dan Tuhannya dan menambah ilmu tentang persaudaraan sesama insan (^_^)

Dear friends,
Ambillah mase utk membaca, kerana buku adalah gedung ilmu
Daripada tak tahu kepada tahu
Daripada kurang ilmu kepada lebih berilmu
Daripada membuang masa kepada masa yg dipenuhi sebaiknya
Daripada bercakap yg sia-sia kpd perbualan yg penuh makna,
insyaAllah…~




* Buku adalah sahabat sejati yg tak pernah menyakiti *
Tapi, jgn sekadar berguru dgn buku!

That’s all for today’s entry… daaa!

Emosi Suci



Assalamualaikum w.b.t


Just a simple entry for today to be shared with all of you out there:

Sayyid Qutb mengatakan dalam kitab Zhilal:

“Manusia memahami perasaan mereka terhadap lawan jenis. Perasaan dan emosi mereka disibukkan dengan hubungan antara dua jenis ini. Perasaan yg beragam ini telah mendorong langkah mereka dan menggerakkan semangat antara lelaki dan wanita. Akan tetapi, amat sedikit sekali mereka yg menyedari bahawa kekuasaan Allahlah yg telah menciptakan pasangan hidup bagi mereka dari diri mereka sendiri. Dan memberikan kepada mereka emosi suci ini…menjadikan hubungan tersebut sebagai sesuatu ketenteraman hati dan gelojak diri mereka, ketenteraman jasad dan jiwa mereka. Memberi ketenangan kepada lelaki dan wanita secara bersamaan.”


Jatuh cinta adalah perkara biasa. Menurut Ustaz Pahrol Mohd Juoi, jika anda jatuh cinta, peliharalah 3 perkara ini supaya fitrah suci cinta itu tidak akan menjadi FITNAH sebaliknya benar2 menjadi satu ANUGERAH:

1) Niat: Betulkan niat kerana Allah …semata-mata menyukai seseorang krn mengharapkan keredhaan Allah. Mahukan perkahwinan sbg satu bentuk ibadah, memerlukan seorang kekasih hati bergelar isteri/ suami utk menjaga maruah diri dan agama. Saling membantu agar bertambah kekuatan utk mencintai Allah Yang Satu!

2) Cara: Peliharalah batas2 pergaulan atr lelaki dan perempuan yg masih belum bernikah agar sentiasa dlm kawalan. Perarturan Islam bukan utk menyekat tp mengawal spy bahagia yg diharapkan adalah bahagia yg berkat, bahagia yg kekal hingga ke Syurga hendaknya, ameenn…

3) Matlamat: Gunakanlah akal semasa bercinta bukan setakat perasaan. Jadikan akal sbg raja utk mengawal perasaan. Jika yakin hubungan itu ada arah matlamat yg jelas, usahakanlah ke arah itu. Jika ia sesuatu yg mustahil atau tak pasti, lebih baik jgn melibatkan diri dlm cinta yg sia-sia!
Kecergasan emosi adalah keselamatan hati dari penyakit -penyakitnya dan keupayaan seseorang untuk berbuat baik kpd org lain dgn dorongan hatinya yg suci.
(Dr. Haji Juanda, 2008)
"Kebenaran itu datang dr Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali kamu termasuk dlm golongan orang2 yg ragu."
(al-Baqarah: 147)



Waallahu a’alam….

Thursday, August 21, 2008

I'm back!










Assalamualaikum kpd sahabat2 yg sudi singgah ke blog yg tak seberape neh..

Setelah setahun lamenya penulisan blog ni terhenti, tiba2 Allah bukakan pintu hati saye utk kembali menulis… hanya dgn satu matlamat yg jelas. “Kerana Allah”
Saye ingin berkongsi… dan perkongsian itu boleh disampaikan melalui penulisan kan? Seronok rasenyer bile bace blog sahabat2 yg lain krn buah fikiran setiap manusia berbeza-beza kan..
Bila kita rajin membaca, tentu ada perkara baru yg dpt kita belajar. Dan kerana itulah saye kembali.
Saye mengaku, saye bukanlah penulis yg hebat. Tapi, doa dan harapan saye, smoga kekuatan dan bantuan dr Allah hadir agar setiap penulisan saye tidak sia-sia sama ada bagi diri saye sendiri mahupun pembaca di luar sane.
Kerana hidup yg sekejap ini, sangatlah rugi jika tidak cuba menjadi manusia yg dpt memberi manfaat kpd org lain….
Wahai diriku yg amat aku kasihi,
Nasihatilah diri sendiri
Jadilah pakar motiasi terhebat!
Pandai memujuk diri
Dan mengubat luka di hati sendiri
Yakinkan diri utk bangkit
Dan berubah ke arah kebaikan
Jika itu berhasil
barulah berusaha menolong org lain...

Sahabat2, jgn hanya menerima..tp, perbetulkan apa yg silap kerana kita sama2 ingin belajar,,,.meningkatkan keimanan, meningkatkan ketaqwaan dlm usaha menuju keredhaan, insyaAllah...
Ya Allah,
Semoga kami menggunakan segala potensi yg ada + kemajuan teknologi utk meningkatkan quality diri dan berusahe membangunkan Islam agar kembali dijulang tinggi,

Ikhlaskan hati kami Ya Tuhan dlm mengejar redha-Mu, ameenn…