Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan Selamat Tahun
Baru 2014 kepada semua.
Melihat kepada tajuk, mungkin
anda berfikir saya telah membawa si permata hati, Ainul Mardhiyyah ke Tanah
Suci Mekah untuk melihat Kaabah. Ya, niat suci itu telah tersemat di hati sejak
sekian lama. Namun, sekarang bukanlah masa yang paling sesuai untuk berbuat
demikian. Semoga Allah memakbulkan
juga hajat yang satu ini suatu hari nanti, aminn..
Wahai Muslimin dan Muslimah,
Jika difikir daripada perspektif
yang lebih luas, sebenarnya dalam kehidupan seharian semua umat Islam itu
sendiri, kita selalu berhadapan dengan Kaabah. Bukankah Kaabah adalah kiblat
kita setiap kali mendirikan solat? Maka, sekurang-kurangnya kita berhadapan
dengan Kaabah sebanyak 5 kali sehari walaupun jaraknya beribu-ribu bahkan
mungkin berjuta-juta batu jauhnya.
Inilah yang ingin saya kongsikan.
Si anak kecil yang baru berusia 1 tahun 3 bulan ini telah didedahkan dengan
kepentingan solat dalam kehidupan seharian umat Islam. Sebelum meneruskan,
sebagai ibu muda kepada seorang cahaya mata yang masih kecil, saya sedar akan
pengalaman dan ilmu diri ini yang tidak seberapa.
Jadi, saya dengan rendah hati
sudi menerima sebarang bentuk komen dan cadangan daripada mana-mana ibu bapa hebat
di luar sana. Semoga kita sama-sama berusaha untuk memantapkan lagi parenting skill
mengikut acuan Islam yang sebenar, insyaAllah.
“ Abang pergi solat dulu. Lepas
tu Sayang pulak. Kita bergilir jaga Ainul ye”
Lazimnya, itulah dialog yang saya
ungkapkan kepada suami setiap kali kami berhenti untuk menunaikan solat di
mana-mana masjid ketika dalam perjalanan jauh. Suami yang memahami keadaan saya
dan si anak kecil, hanya tersenyum dan menurut sahaja.
Namun pada suatu hari, suami
memberi idea yang berbeza:
“Sayang pergi ambil air
sembahyang dulu. Lepas tu, ambil Ainul dan bawak masuk ke dalam masjid.. Kita sama-sama
ikut solat berjemaah.”
Pada mulanya, saya agak keberatan
untuk mengikut cadangan suami. Pelbagai persoalan bermain di minda:
Bolehkah Ainul Mardhiyyah duduk
diam di dalam masjid ketika semua orang sedang solat tanpa sesiapa menjaganya?
Adakah Ainul Mardhiyyah tidak
akan mengganggu para jemaah lain yang sedang bersolat?
Adakah Ainul Mardhiyyah akan menangis apabila
tidak dilayan?
Begitu banyak kemungkinan yang
ligat difikirkan. Namun, galakan suami dan keyakinan dirinya membuatkan saya
menurut sahaja.
Subhanallah.. Alhamdulillah..
Allahuakhbar!
Percubaan pertama yang berjaya
telah memberi ilham kepada saya untuk berkongsi di blog ini. Jika sebelum ini,
saya begitu kagum melihat ibu-ibu yang tegar membawa anak-anak kecil ke dalam
masjid dan mampu menunaikan solat berjemaah dengan sempurna, kini saya cuba
melakukan perkara yang sama dengan penuh rasa tawakkal kepada Allah.
Saya mengambil saf yang paling tepi
dan membiarkan Ainul bermain dengan ipad. Salah satu favourite Ainul ialah
melihat kembali gambar-gambarnya sendiri. Saya berpesan kepadanya untuk menjaga
diri sepanjang saya bersolat dan hati ini tidak putus berdoa kepada Allah agar
memudahkan segala urusan saya untuk join solat berjemaah.
Lumrah si anak kecil. Si
Mujahidah comel itu memang tidak betah untuk duduk diam. Sesekali dia akan
berdiri, berjalan dan melihat keadaan sekeliling yang mungkin baru baginya.
Sungguhpun begitu, saya bersyukur kerana dia tidak menangis atau mengganggu
jemaah yang lain. Walaupun dia berjalan-jalan di hadapan jemaah, dia langsung
tidak dimarahi malah dipuji atas kecomelannya berhijab. Alhamdulillah..
Melalui pengalaman yang sangat berharga
ini, ada beberapa tips yang ingin saya kongsi kepada semua:
·
* Setiap ibu bapa mesti kuatkan hati untuk
mencuba sesuatu kebaikan kepada anak kesayangan. 100% yakin dengan bantuan
Allah.
· * Sentiasa yakin bahawa doa seorang ibu itu sangat
makbul jika dilakukan dengan ikhlas.
* Ingat pepatah Melayu yang menyebut, “Melentur buluh biarlah dari rebungya.
* Ingat pepatah Melayu yang menyebut, “Melentur buluh biarlah dari rebungya.
Tanya kepada
diri sendiri:
“Jika bukan
sekarang, bila lagi? Jika bukan ibu bapanya, siapa lagi?”
· * Anak-anak yang masih terlalu kecil bukan diajar
teori dan praktikal solat tetapi didedahkan dengan kepentingan solat. Setiap
kali solat di rumah, jangan halang anak untuk melihat aktiviti tersebut.
Biarkan anak tahu bahawa solat adalah amalan harian dan amalan yang sangat
penting untuk dilakukan.
·
* Ambil pengajaran daripada kisah di zaman
Rasulullah S.A.W. Ketika seorang bayi menangis ketika ibunya sedang ikut solat
berjemaah, Nabi Muhammad S.A.W memendekkan bacaan dalam surah kedua lantaran
mendengar suara jeritan bayi tersebut. Baginda tahu pasti sang ibu sedang risau
ketika anaknya menangis. Ternyata, baginda tidak pula marah kepada ibu bayi
tersebut selepas selesai solat.
Secebis coretan daripada Ustaz
Halim Hafidz dalam majalah At-Taqwa:
“Marilah kita galakkan anak-anak
kita ke masjid. Jadikan masjid rumah kedua mereka (terutamanya anak-anak
lelaki). Biarkan mereka bermain dan bergembira di masjid. Biarkan hati mereka
mesra dan melekat di masjid. Santuni mereka dan jangan sampai mereka fobia
untuk ke masjid.”
Cukup sekadar ini sahaja. Semoga
bermanfaat buat penulis dan para pembaca, amin Ya Rabb..