Monday, November 17, 2008

Teacher Vs Ustazah



“Adik ni blaja dalam course apa?” tegur seorang wanita yang tidak saya kenali di stesen bas Bandar Jengka.

“Saye ambil course pendidikan kak,” jawab saya ringkas dan kemudian menghadiahkan sebuah senyuman perkenalan kepada wanita yang sedang mendukung anak kecil tersebut.
“Owh, bakal cikgu la ni ye. Pengkhususan dalam bidang apa? Adik ambil Syariah ke?” soal wanita itu kembali minta kepastian.

“Eh, tak lah kak…saya ambil jurusan TESL, belajar English,” jawab saya dengan sedikit perasaan terkejut yang cuba disembunyikan.

* * * * * ** * * ** ** *

Dialog ringkas di atas membawa saya ke alam “muhasabah diri.” Rasanya, pakaian saya biasa saja…sekadar berbaju kurung ungu dan tudung bidang 60” warna sedondon, sebenarnya tidak layak pun mahu digelar sebagai pelajar syariah yang kebanyakannya biasa dilihat berbusana jauh lebih muslimah; berjubah dan bertudung labuh atau tudung bulat litup.


Ya, dalam tempoh lebih kurang setahun stengah dari sekarang, saya bakal bergelar ‘cikgu’, atau lebih tepat lagi seorang guru Bahasa Inggeris yang dipanggil 'teacher', hehe… insyaAllah~

Erm, nak jd Teacher ke Ustazah saye ni yer?
Mengalami konflik identiti ker?
Memang sejuk hati kita kan apabila berdampingan dengan mereka yang bergelar “Ustazah”. Terasa kagum dengan ketinggian ilmu agama yang dimiliki. Apa pula rasanya apabila berdampingan dengan English teacher? Terasa moden dan jauh dari agama ke? Sentiasa speaking English jer…. Yer la international language kan. (^_^)

Saya mahu menjadi guru kerana itu harapan ibu dan ayah
Saya mahu belajar English kerana itu cita-cita diri saya sendiri
Jadi, untuk memuaskan hati sendiri dan ayahbonda, akhirnya saya ditakdirkan akan menjadi English teacher

Saya memujuk diri, bukanlah satu kesalahan menjadi English teacher dan bukanlah juga satu jaminan mendapat Syurga Allah jika saya menjadi Ustazah. Semuanya berbalik kepada diri sendiri juga. Persoalan ini sepatutnya tidak perlu menjadi kompleks kerana kedua-duanya memiliki skop tugasan yang sama; untuk MENDIDIK!
"Yes, i don't want merely to be a teacher but i would like to be an educator"

Berbeza sebenarnya dua istilah ini: Guru Vs Pendidik. Pada pendapat, sesiapa sahaja boleh menjadi guru tetapi tidak semua guru mampu menjadi pendidik.

Mungkin mudah untuk menyampaikan sesuatu ilmu akademik dari buku. Apatah lagi smpai ke otak pelajar-pelajar yang bijak. Tetapi, bukanlah sesuatu yang mudah untuk menyampaikan ilmu-ilmu kehidupan yang perlu sampai ke dasar hati yang paling dalam.

Begitu juga dalam konteks membesarkan anak-anak. Semua ibu bapa pandai membesarkan anak masing-masing sehingga dewasa tapi tidak semua ibu bapa mampu mendidik anak-anak untuk betul-betul menjadi manusia yang berguna mengikut acuan Islam yang sebenar.

Walaupun kedua-dua perkataan“Teacher” dan “Ustazah” sangat berbeza bunyi sebutan dan maksudnya, saya berusaha mahu menjadi kedua-duanya. insyaAllah...~
Saya memang dilatih untuk menjadi English teacher; belajar grammar, literature, methodology in teaching etc...
Tapi, rugilah saya jika tidak meningkatkan ilmu agama sedangkan hanya agama yang menjamin kehidupan smpurna di dunia dan di akhirat.
Dan agama juga membawa kemuliaan kepada seseorang kerana semua manusia sama sahaja di sisi Allah, hanya taqwa dan keimanan yang membezakan setiap individu.

Mungkin kerana itu, ketika kami disajikan dengan bermacam-macam teori barat, Allah masih sudi menggerakkan hati saya dan segelintir rakan-rakan untuk memilih bahasa al-Quran iaitu Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di UiTM ini.

Dan kami juga ditakdirkan oleh Allah memilih subject “Family in Islam” sebagai matapelajaran ko-kurikulum.
Cuba mencapai keseimbangan hidup dalam dunia penuh kemodenan, insyaAllah~

So, this situation leads to a modern term called as "PROTAZ/ PROTAZAH" = Professional yang Ustaz/Ustazah.

Mungkin Kapten Hafiz Firdaus adalah salah seorang contoh yang terbaik. (Mungkin anda ada contoh yang lebih baik). Beliau seorang professional yang bertugas sebagai pilot untuk company MAS tapi dalam masa yang sama sibuk berceramah sana-sini menyampaikan ilmu agama disamping aktif menghasilkan buku-buku bercorak keagamaan. Berbekalkan ketinggian ilmu agama yang dimilikinya dari pelbagai sumber, beliau juga sudi meluangkan masa menjadi kolumnis bagi beberapa majalah-majalah tempatan untuk ruangan soal-jawab agama.
Berbekalkan prinsip:

“Jangan lihat kepada siapa yang berkata tapi lihatlah apa yang hendak diperkata”

Beliau terus tegar meneruskan tanggungjawab berdakwah dan menyampaikan ilmu agama dengan caranya sendiri.

Jelas, tanggungjawab membawa agama itu bukan terletak di bahu ustazah/ ustazah sahaja tetapi sebenarnya terletak pada setiap individu yang mengenal hakikat kejadiannya.
Teringat kata-kata hikmah yang pernah saya baca:

Tegakkan Islam dalam diri dan serulah org lain dgn cara yg berhikmah + bijaksana
Di samping belajar ilmu dunia untuk lulus exam, carilah masa untuk mengutip ilmu agama sebanyak mungkin untuk bekalan selepas mati dengan apa cara sekalipun; berguru dengan ilmuan Islam, banyak membaca religious books, hadiri majlis-majlis ilmu dan sebagainya.
"Hendak 1000 daya, mahu 1000 cara"
Kemudian, belajarlah teknik-teknik menyentuh hati orang lain dari segi kata-kata dan tindakan

Walau apapun kerjaya kita, walau apapun bidang kerja kita, secara asasnya tujuan kewujudan kita tetap sama -> sebagai hamba + khalifah Allah S.W.T

Semoga pekerjaan kita digunakan sebaiknya sebagai alat untuk mencapai matlamat; Keredhaan Tuhan


Doa hatiku:
“Ya Allah,
Bantulah aku dan rakan-rakan seperjuanganku yang lain untuk menjadi pendidik yang berjiwa Islam.
Sesungguhnya Ya Allah, tiada daya kekuatan untuk melakukan ketaatan dan tiada daya kekuatan untuk menolak segala kemaksiatan melainkan dengan izin dr-MU. Jangan biarkan kami sendirian Ya Tuhan dalam melamar keredhaan-MU...
Ya, Allah,
Makbulkanlah hajat kami, ameenn Ya Rabbal Alameenn…”

“Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri Akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yg bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?”
(al-An’am: 32)

"(Sungguh), Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Sungguh, Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (al-Hajj: 14)

Ya Tuhan,
Semoga aku sentiasa insaf dengan tujuan kewujudanku di atas bumi-Mu ini sebelum segalanya aku tinggalkan, ameenn…

waallahu 'alam...~

4 comments:

Anonymous said...

Hidup sebagai pendidik... bukan sekadar guru dan ustazah jika guru itu dikatakan sebagai pengajar ilmu keduniaan dan ustazah dikatakan mengajar ilmu syariah. Saya mahu menjadi pendidik.. membina manusia yang faham akan tujuan hidupnya dan berguna kepada orang lain.

Nurkhomsiah Mohamed Bakrim said...

shukran Lil Biruny,
cita2 yg murni... smOga Allah makbulkan, ameeenn

Topic ni mmg agak 'heavy', memerlukan pemikiran yg kritis n serious..

bersyukurlah kpd sume yg memilih pndangan hati utk memikirkn sesuatu dlm mencari kebenaran

Congratulation to those who choose to be a thinker!

sisfas said...

yup..tidak kisah nda seorng teachr tau ustazah..anda tetap seorang pendidik yang padanya diletakkan harapan..yang padanya diletakkan kepercayaan.. :)

tugas mendidik bukan senang..banyak kerja..begitu juga pahalanya..bertambah2..

and you know what, teacher is the most noble job in this world other than doctor..hee :P

Anonymous said...

salam..

bagus..entry ni..cuma ana xsetuju sekiranya penulis menganggap hafiz firdaus cth terbaik protaz..XSETUJU